Membangun Agama Dengan Kualiti Bekerja

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, bekerja adalah ikhtiar individu manusia untuk memenuhi kehendak hidup mereka. Hal ini kerana manusia sememangnya tidak boleh hanya berdiam diri dan menunggu rezeki jatuh wang dari langit, namun perlu mencari bagi mentadbir hidupnya. Hasil bumi yang diciptakan Allaha dalah hadiah buat manusia untuk memperoleh hasilnya.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu  di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.” (Al-A’raf:10)

“Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.” (An-Naba’:11)

Paling utama bekerja juga merupakan satu perkara suatu ibadah mulia yang diiktiraf Allah Subhanahu wa Ta’ala terutama apabila sesuatu pekerjaan dilaksanakan dnegan baik dan bersungguh-sungguh. Dalam suatu hadis yang berbunyi :

“Sesungguhnya Allah menyukai seseorang jika apabila kamu melakukan sesuatu tugasan, maka kamu akan melakukannya dengan itqan” (Kanz al-‘Ummal, Kitab al-Ijarah min Qism al-Awqal. Dar al-Fikr, No. 9128)

Al-itqan disini memberi maksud melakukan sesuatu amanah dan tanggungjawab dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Ini bermaksud itqan dikaitkan dengan amalan atau tindakan yang berkualiti seseorang pekerja dan merupakan tuntutan utama di dalam bekerja

Apabila kita menyelusuri sejarah Islam, kita turut mengetahui bahawa para Nabi juga bekerja. Contohnya seperti kisah nabi Musa yang bekerja dengan Nabi Syuaib yang pada awalnya hanya membantu anak perempuan Nabi Syuaib mengangkat air dan kisah Nabi Muhammad yang bekerja sejak kecil sebagai pengembala kambing hingga menjadi saudagar dan menjadi orang kepercayaan majikannya, Siti Khadijah.

Setiap pekerjaan yang berkualiti pasti akan mendapat hasil tanpa mengira bangsa, keturunan, warna atau darah sekalipun. Namun bagi umat Islam yang bekerja dengan bersungguh-sungguh pastinya banyak manfaat yang dapat dicapai, antaranya :

  • Membasmi Kemiskinan

Apabila seseorang individu bekerja, dia bukan sahaja mencukupi dirinya bahkan orang di sekelilingnya. Dengan itu, umat Islam yang berkemampuan tidak lagi akan meminta-minta dan mengharap akan orang lain. Bahkan dirinya yang menjadi harapan untuk membantu masyarakat.

Menurut Dr Azmi Hassan, Profesor di bidang Geostrategi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sekitar 60 hingga 70 peratus dari 56 negara Muslim di dunia dapat diklasifikasikan sebagai negara miskin. Fakta ini bukanlah satu fakta yang menyenangkan bahkan menyedihkan kerana akibat peperangan, korupsi dan pelbagai lagi masalah menyebabkan kebanyakan negara Muslim negara yang termiskin dan lemah.

Situasi ini begitu berbeza dengan apa yang berlaku pada zaman pemerintahan Islam sehingga Islam dapat menguasai 2/3 dunia. Agama Islam pada zaman tersebut bukan sahaja kaya harta, namun turut kaya ilmu dan jiwa.

  • Mengharumkan nama agama

Setelah berlakunya penjajahan, Islam terus dipandang enteng sentengnya, bahkan maruah Islam dipijak-pijak. Sebagai duta Muslim,  apabila seseorang individu bermanfaat dan menyumbangkan sesuatu buat masyarakat, bukan sahaja peribadi dirinya yang terkenal, namun agama yang dianutinya turut mendapat tempias.

Contoh yang paling mudah ialah Khabib Nurmagomedov. Apabila pemuda dari Dagestan yang tidak pernah kalah dalam perlawanan tinju bersinar, agama Islam turut bersinar. Islam semakin dikenali ramai terutama dalam kalangan pencinta sukan.

  • Memenuhi Keperluan Umat Islam

Episod penderitaan umat Islam zaman moden kala ini adalah bukanlah agama dijajah secara langsung, namun dijajah mindanya yang disebut sebagai “ghazwatul fikr”. Ghazwatul fikr iaitu serangan pemikiran ini telah menyebabkan ramai yang memahami dunia dengan “worldview” dari barat tidak kira dari aspek pendidikan, hiburan, politik, ekonomi apatah lagi sosial. Justeru, bagi umat Islam yang mempunyai kesedaran,melalui pekerjaanya adalah satu jalan untuknya membetulkan apa yang patut diperbetulkan.

  • Memakmurkan Hasil Negeri Dengan Baik

Islam sangat mementingkan keadilan sosial. Disebabkan itu, adanya tuntutan berzakat, bersedekah dan berwakaf untuk pembangunan ekonomi umat Islam. Dengana adanya zakat, wang dari sang kaya akan mengalir kepada sang miskin yang mana hikmahnya bukan sahaja merangkumi dari sudurt ekonomi umat Islam, namun dari satu sudut sang miskin akan merasakan bahawa orang kaya juga cakna kepada hidup mereka.

Pada zaman kegemilangan peradaban Islam bermula sejak zaman pemerintahan nabi Muhammad lagi, Islam berkembang dengan baik kerana pemerintahnya bijak mengendalikan ekonomi. Banyak harta umat Islam yang diwakafkan digunakan untuk kepentingan masyarakat seperti membangun hospital, pusat pendidikan dan masjid. Keuntungan yang didapati akan dijana semula untuk kepentingan masyarakat. Dengan itu, hak-hak masyarakat akan terus terjamin.