Diterjemahkan oleh: Najmi Mamat
CHINA: Seorang lelaki warga China yang baru-baru ini memutuskan untuk membuat pemeriksaan doktor berikutan kepalanya mengalami sakit-sakit, terkejut apabila doktor menemui longgokan cebisan kayu di dalam otaknya.
Perkara aneh itu bagaimanapun terbukti apabila Zhou mengingat kembali kejadian sebatang dahan pokok yang tertusuk di kepalanya akibat terjatuh di dalam hutan daerah Mojiang lima tahun lalu.
“Sejak kejadian itu saya mengalami sakit kepala yang berterusan termasuk pening-pening tetapi tidak terlalu mengendahkannya.
“Ketika kejadian saya mencuba menarik keluar ranting dan dahan yang menembusi kepala dan rongga mata dan saya turut berjaya menghentikan pendarahan,” katanya kepada Oddity Central.
Zhou bagaimanapun tidak ke hospital kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
Walaupun mendapat tentangan daripada isterinya berikutan saranan doktor untuk menjalani pembedahan, pasukan doktor akhirnya berjaya meyakinkan isteri Zhou dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan.
Hasil pembedahan yang mendapati cebisan kayu berukuran 11 sentimeter jika disambungkan itu akhirnya berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kejadian buruk.
Sumber: Oddity Central
Foto ChinaNews