Mengenang 40 tahun Peristiwa Penyembelihan Kem Shabra dan Shatila
Jika di Malaysia, Hari Malaysia diraikan pada setiap 16 September, hari bersejarah pembentukan persekutuan pada 1963.Walaubagaimanapun terdapat satu lagi tarikh 16 September, yang berlaku pada 1982, berlakunya antara kekejaman manusia paling buruk dalam sejarah rantau Timur Tengah moden.
Tarikh 16 September 1982 – 18 September 1982 merupakan antara siri kekejaman Israel terhadap Rakyat Palestin. Peristiwa ini menyaksikan betapa kejamnya Israel yang menganggap setiap nyawa umat Islam itu murah dan tidak berharga. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai “penghapusan kaum (genocide)”.
Apakah itu Shabra dan Shatila?
Shabra merupakan kawasan penduduk Lubnan manakala Shatila pula merupakan kem pelarian Palestin yang terletak berdekatan Kawasan Shabra. Penduduk Palestin yang tinggal di kem pelarian tersbeut merupakan mereka yang melarikan diri dari peperangan Nakba pada tahun 1948 yang merupakan peristiwa pembersihan etnik yang dilaukan oleh golongan Zionis sejak Israel terbentuk. Lebih 100,000 rakyat Palestin, kebanyakannya dari kawasan utara Palestin yang bersejarah, telah diusir dan melarikan diri ke Lubnan semasa Nakba 1948.
Kronologi ringkas peristiwa penyembelihan kem Shabra dan Shatila ini berlaku
- Pada Jun 1982, Israel menyerang Lubnan semasa perang saudara selama 15 tahun di negara itu (1975-1990), dengan untuk menghancurkan Palestine Liberation Organization (PLO), yang berpangkalan di Beirut dan melancarkan serangan ke atas Israel dari selatan Lubnan.
- PLO berundur dari Lubnan pada 1 September 1982. Jaminan diberikan oleh Amerika Syarikat dan pasukan multi-nasional bahawa pelarian dan orang awam Palestin yang tinggal akan dilindungi.
- Dua minggu kemudian, tentera Israel mengepung Sabra dan Shatila dan memberi perlindungan kepada sekutu mereka, tentera sayap kanan Lubnan yang dipanggil Phalangis, untuk melakukan pembunuhan besar-besaran.
- Pembunuhan berterusan selama 43 jam, dari 6 petang Khamis, 16 September, sehingga 1 tengah hari Sabtu, 18 September.
- Walaupun angka tepat mengenai jumlah orang yang terbunuh sukar untuk dipastikan, jumlah kematian yang dianggarkan ialah seramai 2,000-3,500 orang awam.
- Bukti daripada pembunuhan beramai-ramai menggambarkan perbuatan mengerikan penyembelihan, pencacatan, rogol dan kubur besar-besaran. Imej-imej penyembelihan tersebut telah disiarkan di televisyen di seluruh dunia dan menyebabkan kemarahan global.
Cetusan Peristiwa Shabra dan Shatila
- PLO merupakan parti politik Palestin yang diwujudkan pada 1964 dengan tujuan untuk membebaskan Palestin melalui perjuangan bersenjata, memindahkan pangkalan operasinya ke Beirut selepas ia diusir keluar dari Jordan pada 1970.
- Pada tahun 1969, perjanjian yang ditengahkan oleh Mesir antara PLO dan tentera Lubnan, Komando Perjuangan Bersenjata PLO mengambil alih kawalan ke atas 16 kem pelarian Palestin di Lubnan, membolehkannya menjalankan operasi ke atas Israel dari selatan Lubnan.
- Perang saudara Lubnan tercetus pada tahun 1975 terutamanya antara Barisan Lubnan (LF) – gabungan parti sayap kanan Kristian Maronit yang disokong oleh Israel dan Amerika Syarikat – dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (LNM), gabungan kiri sekular, pan -Arab Sunni dan Syiah Muslim, dan PLO. Syria turut menyerang.
- Tentera Israel, diketuai oleh Menteri Pertahanan ketika itu Ariel Sharon, menyerang Lubnan pada Jun 1982, mengepung Beirut dan mengebom hebat bandar itu, di mana ibu pejabat PLO terletak.
- Pasukan multinasional yang tiba selepas pengunduran PLO dari Beirut pada 1 September sepatutnya tinggal selama 30 hari. Bagaimanapun, mereka menarik diri awal, pada 10 September.
- Pada 14 September 1982, Bachir Gemayel, presiden Lubnan yang dipilih dan ketua Pasukan Lubnan, telah dibunuh di Beirut. Menteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci penduduk Palestin.
- Menjelang tengah hari Rabu, 15 September, pihak tentera Israel telah mengelilingi dan menutup kawasan kem dan meletakkan pos pemerhati pada bumbung di bangunan tinggi berhampiran.
- Pada petang 16 September 1982, tentera Israel mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.
Antara bentuk kekejaman yang dilakukan
Mereka lalu menjalankan “tugas” membunuh dan menyembelih pelarian Palestin di sana, malah merogol wanita-wanita juga, sambil tentera Zionis berkawal di luar sepanjang sempadan perkhemahan agar tiada siapa yang lepas lari keluar. Di sebelah malam tentera Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas perkhemahan bagi meneranginya – dikatakan sehingga terang benderang bagaikan padang bola, agar pihak militia Kristian di dalam dapat terus menjalankan pembantaiannya.
Apabila kumpulan pemberita yang pertama dapat masuk ke dalam kawasan perkhemahan, mereka dapati jasad-jasad bertaburan di seluruh kawasan, banyak daripadanya telah dikerat-kerat. Hanya setelah itulah baru berita pertama mengenai pembantaian ini sampai ke pengetahuan masyarakat dunia.
Setelah peristiwa ini, tidak seorang pun pejuang atau pegawai Lubnan atau Israel dihukum atas jenayah yang dilakukan meskipun mereka telah membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa.
Rujukan:
- Al-Jazeera – Sabra and Shatila massacre: What happened in Lebanon in 1982?
- Malaysia Kini- September yang hitam di Sabra dan Shatila