BENTONG : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sebuah komputer riba kepada seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Majlis penyerahan berlangsung di Majlis Perbandaran Bentong petang ini dengan kehadiran pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun berkenaan, Nur Tarnia Fouladipoor, 17, bersama kedua ibu bapanya.
Kesukaran hidup mereka sekeluarga mendapat perhatian Kerajaan Negeri yang berharap agar bantuan berkenaan dapat menguatkan semangat remaja berkenaan untuk meneruskan pelajaran.
Pada majlis berasingan, YB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut berkesempatan merasmikan Pelancaran Baucar Pelancongan menggunakan aplikasi PahangGo.
Baucar Pelancongan ini adalah inisiatif kerjasama antara Tourism Pahang dan Pahang Go bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Negeri Pahang setelah hampir dua tahun negara menghadapi pandemik Covid-19.
Ia bakal dapat mempromosikan destinasi pelancongan negeri selain memberi satu daya penarik kepada hotel-hotel bajet seterusnya melonjakkan keuntungan bagi hotel-hotel yang terlibat dalam Program Baucar Pelancongan.
Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang; YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff serta Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim.
Sumber: PAHANGMEDIA