Menteri Besar Terengganu Saran Mahasiswa Peka Tentang Politik Negara

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU- Urusan kepimpinan negara bukanlah terhad kepada golongan dewasa sahaja malahan golongan muda terutamanya mahasiswa perlu lebih peka tentang hal ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kebanyakan mahasiswa pada hari ini beranggapan bahawa urusan mentadbir negara hanya perlu diserahkan kepada orang tua dan bukan masalah kepada golongan muda.

“Semua golongan tidak kira muda atau tua mempunyai peranan masing-masing dalam kepimpinan negara,” jelasnya.

Katanya lagi peranan pelajar adalah untuk belajar dan menambahkan lagi ilmu mereka supaya para pelajar dapat mematangkan lagi pemikiran mereka apabila meningkat dewasa.

Salah seorang mahasiswa yang turut menghadiri program pada hari ini, Nursyafiqah Adlina Saiful Adli, 21 berkata kesedaran politik itu penting kerana golongan belia perlu ada pengetahuan asas tentang politik untuk membantu mereka membuat keputusan yang betul terutamnya untuk mengundi pada masa akan datang.

“Sejujurnya saya kurang mendapat kesedaran tentang politik yang sepatutnya dan saya juga tidak begitu mendapat pengetahuan secara keseluruhan tentang politik di Malaysia.

“Jadi saya agak berharap supaya pihak kerajaan Malaysia dapat memberi sepenuhnya lagi kesedaran politik dari peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah,” katanya ketika ditemu ramah Program Town Hall Mahasiswa Terengganu bertempat di Pusat Konvesyen, Taman Tamdun Islam (TTI) di sini hari ini.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM