Untuk pertama kalinya dalam dua tempoh bulan terakhir, pihak autoriti Mesir akan membuka sempadan Rafah dan Jalur Gaza selama empat hari untuk perjalanan ke dua arah, Lapor Berita WAFA.
Duta Palestin di Mesir Diab Al-Louh menyatakan, pintu laluan di sempadan Palestin dan Mesir itu akan dibuka mulai isnin sehingga Khamis (1-4/2).
Pembukaan semula pintu laluan wilayah Gaza yang dihalang Israel, akan membolehkan pesakit Palestin, pelajar, pemegang pasport Mesir atau pasport asing, serta mereka yang memiliki dokumen kebenaran untuk meninggalkan atau memasuki daerah tersebut.
Diab Al-Louh berterima kasih kepada Presiden Mesir Abdel-Fattah Al-Sisi dan pihak berwenang Mesir atas upaya mereka untuk meringankan beban rakyat Palestina.
Sempadan Rafah saat ini menjadi satu-satunya titik laluan antara Jalur Gaza dan dunia luar, sementara dua laluan sempadan yang lainnya telah dikawal ketat oleh autoriti pentadbiran Israel. (T/R1/RI-1)