Messi Masih di ‘Kelas Atas’ Berbanding Haaland

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Pep Guardiola berkata Erling Haaland tidak berada di tahap sama seperti Lionel Messi kerana dia bergantung kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol di Manchester City.

Penyerang Norway itu meledak hatrik ketika kemenangan 6-3 City mengatasi United pada aksi tetangga Manchester kelmarin.

Guardiola memuji sumbangan Haaland namun berkata Messi masih berada dalam kelas lebih atas bersandarkan ‘kemampuan’ melakukannya bersendirian.

Guardiola bercakap mengenai perbezaan antara Haaland dan Messi apabila ditanya sama ada penyerang Norway itu boleh meniru kejayaan Messi di Barcelona dengan menjaringkan gol setiap kali dia bermain.

Guardiola berkata: “Perbezaannya ialah, mungkin Erling perlukan semua rakan untuk melakukannya. Ia sukar dipercayai. (Tapi) Messi ada kemampuan sendiri untuk melakukannya.”

Penyokong menggunakan media sosial untuk membincangkan komen Guardiola dengan sebahagiannya mengkritik pengurus itu apabila dikatakan memandang rendah bakat Haaland manakala yang lain memuji Messi.

Seorang penyokong menulis: “Itulah kebenaran yang perlu diberitahu. Messi tidak perlu dibantu, manakala pemain lain perlukannya.”

Sementara itu seorang lagi penyokong menulis: “Memang benar Messi menjaringkan antara gol individu terhebat tetapi dia ada rakan sepasukan seperti Xavi, Iniesta, Busquets dan Yaya Toure untuk sebahagian besar gol dijaringkannya.”

Seorang lagi berkata Guardiola tidak bercakap benar: “Tidak sepenuhnya benar mengenai Messi. Kenapa tidak dia melakukannya sendirian selepas Xavi, Iniesta, Neymar semuanya keluar. Dia tidak mampu membawa UCL ke camp Nou sejak 2015 selepas Neymar, Iniesta & Xavi tinggalkan pasukan. Dirumuskan oleh Pep”.

Sumber : BERITA HARIAN