METMalaysia Keluar Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur.

Menurut METMalaysia, keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak bagi mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Bagi aktiviti perkapalan kategori kedua angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak telah mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.”

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah sangat berbahaya kepada semua perkapalan serta pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya dalam kenyataan.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora dalam kategori pertama angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North, Layang-Layang sehingga 7 April ini.”

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, tambahnya.

Di samping itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Tioman dan Condore.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.”

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN