Misi Kemanusian Afghanistan PBB Tergendala Berikutan Sekatan Wanita Bekerja

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

AFGHANISTAN- Berikutan Sekatan wanita dari bekerja dengan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebangsaan dan antarabangsa di Afghanistan yang berkuat kuasa tiga minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengendalikan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan sebagai protes terhadap kerajaan Taliban.

Martin Griffiths, Ketua Koordinator Misi Kemanusian PBB menyatakan bahawa PBB tidak dapat meneruskan bantuan kemanusian jika kerajaan Taliban tidak menarik balik kenyataan mereka yang melarang wanita dari bekerja dengan NGO kerana ia memberi kesan negatif terhadap wanita yang bekerja dengan agensi-agensi misi kemanusiaan Afghanistan.

Griffiths akan ke Kabul tidak lama lagi untuk membincangkan hal ini.

Walaupun Griffiths tidak memberi kata putus dan akan memikirkan alternatif lain atau penyelesaian kepada krisis ini, kenyataannya sedikit sebanyak menunjukkan ketegangan di antara PBB dan Taliban yang boleh menyebabkan ribuan bantuan kemanusian untuk Afghanistan dipotong dalam jangka masa yang lama.

Kira-kira 150 NGO dan agensi-agensi bantuan kemanusian telah menangguh semua atau sebahagian dari kerja mereka berikutan larangan tersebut, termasuklah PBB yang menangguhkan bantuan tunai yang dibawa oleh kapal terbang ke Kabul.

“Tanpa wanita bekerja, sukar untuk kami menghantar bantuan kepada warga Afghanistan kerana penyertaan pekerja wanita penting untuk menyalur bantuan secara terus kepada wanita dan kanak-kanak perempuan. Ia adalah perkara yang praktikal dan merupakan hak mereka,” kata Griffiths kepada BBC.

“Ada beberapa tempat yang wanita boleh bekerja. Jadi, kami akan cuba memikirkan cara untuk memastikan bantuan dapat disalurkan. Saya tidak mahu membuat spekulasi tentang apa yang berlaku jika larangan tersebut tidak dikuat-kuasakan sepenuhnya, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami boleh meneruskannya,” katanya lagi.

Majlis Keselamatan PBB dijangka akan membincangkan krisis NGO di dalam mesyuarat tertutup bersama Jepun dan Emiriah Arab Bersatu pada 13 Januari sebelum penerbangan Griffiths ke Afghanistan.

Selain dari sekatan wanita dari bekerja NGO, kerajaan Taliban juga menyekat wanita dari meneruskan pelajaran universiti di Afghanistan. Kira-kira 60 pensyarah dan guru meletakkan jawatan sebagai protes terhadap larangan tersebut.

“Sekatan ini bertentangan dengan nilai keislaman dan juga warga Afghanistan. Ia melibatkan semua orang, bukan wanita sahaja. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sistem itu,” kata Abdul Raqib Ekleel, seorang pensyarah pembangunan urbanisasi di Kabul Polytechnic University, yang juga meletakkan jawatannya.

Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Mawlavi Abdul Kabir, memberitahu Pemangku Ketua Misi Bantuan PBB, Markus Potzel, di dalam mesyuarat baru-baru ini bahawa mempelajari agama dan sains moden adalah hak setiap warga Afghanistan, termasuk wanita. Katanya, kerajaan sedang berusaha untuk mencari jalan agar wanita boleh belajar.

Sumber: The Guardian