Mohd Amar Dilantik Speaker DUN Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada penggal ke-15 pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu mengangkat sumpah taat setia sebagai Speaker pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini.

Sementara itu, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Dalam pada itu, Mohd Amar semasa berucap menzahirkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Beliau turut bersumpah dengan setianya akan menunaikan kewajipan dengan sedaya upaya.

“Saya akan setiawan, bertaat setia dengan negeri Kelantan akan menjaga dan mempertahankan negeri kelantan.

“Saya juga akan setiawan dan bertaat setia dengan Sultan Kelantan dan waris-waris gantinya menurut undang-undang,” katanya semasa mengangkat sumpah jawatan Speaker Kelantan.

– Sinar Harian