Mohd Shahrul Rangkul Wang Tunai RM 1,500 Dalam Kejuaraan Golden Monsoon Ride 2021

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SETIU – Dengan catatan masa 1 jam 5 minit sudah mampu melayakkan Mohd Shahrul merangkul kejuaraan dalam kategori MTB Off-Road Challenge Open yang membawa pulang wang tunai RM 1,500.

Golden Monsoon Ride 2021 yang berlangsung di Akademi TDM merupakan anjuran anak syarikat Terengganu Inc., Golden Pharos Berhad dengan kerjasama empat lagi anak syarikat, TDM Berhad, Epic Berhad, Ladang Rakyat Terengganu serta Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).

Dengan 2 kategori dianjurkan iaitu kayuhan santai Golden Fun Ride sejauh 53 kilometer dan MTB Off-Ride Open sejauh 25 kilometer serta cabaran kayuhan dalam kaetgori MTB Off-Road Challenge Open 25 kilometer.

MTB Off-Road Challenge Open sangat menguji para peserta apabila trek ini kali pertama dibuka kepada orang awam yang sangat mencabar kerana para peserta perlu menempuh 5 bukit selain treknya berlumpur ekoran musim tengkujuh yang sedang melanda negeri ini.

Tempat kedua dibawa pulang Ahmad Syazrin Wang Ilah dengan memperoleh wang tunai RM 1,000 serta tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM 800 yang diperoleh Zulfikri Zulkifli.

Hadiah disampaikan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Burhanudin Hilmi Mohamed.