Mohon Lesen, Jangan Ceroboh Tanah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menceroboh tanah kerajaan sesuka hati walaupun bertujuan untuk memajukannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, mereka yang berminat untuk mengusahakan tanah bagi tujuan perusahaan akuakultur seperti sangkar ikan boleh memohon Lesen Menduduki Sementara (LMS).

Katanya, di seluruh Terengganu terdapat banyak lokasi tanah, tasik, kolam dan sungai milik kerajaan negeri yang telah dimanfaatkan oleh rakyat untuk aktiviti tersebut.

“Ramai yang sudah diberikan LMS, mereka bukan sahaja tidak diganggu, malah dibantu lagi oleh kerajaan. 

“Dalam proses nak meluluskan LMS ini, pandangan teknikal daripada beberapa jabatan terlibat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah, Jabatan Perikanan, Jabatan Taman Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Plan Malaysia dan beberapa jabatan lain lagi akan dikaji.

‘’Sekiranya tiada apa-apa isu berbangkit, maka tiada masalah untuk permohonan LMS tersebut diluluskan kerana hasrat kerajaan adalah untuk memajukan industri,”

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya ada isu berbangkit dengan lokasi tapak projek yang dimohon, maka perbincangan boleh dibuat untuk mencadangkan lokasi lain yang lebih sesuai. Hasrat kerajaan ialah untuk bantu rakyat dengan mengambil kira juga kepentingan pihak-pihak lain yang turut berkaitan – TRDI News