Morata Bantu Atletico Benam Girona

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

GIRONA, Sepanyol – Alvaro Morata meledak gol pada minit ke-94 bagi memberikan kemenangan 1-0 Atletico Madrid mengatasi Girona awal pagi tadi dan mengukuhkan cengkaman mereka di kedudukan ketiga La Liga.

Selepas La Real, berkedudukan keempat seri di Mallorca pada Ahad, Atletico kini tiga mata di depan pasukan dari Basque itu hasil kemenangan saat akhir di Montilivi.

Morata meledak dari jarak dekat selepas bola hantaran lintang Angel Correa sampai kepadanya dan Atletico terselamat daripada pemeriksaan VAR sama ada penyerang itu berada dalam keadaan ofsaid.

“Bagi saya ia adalah sangat jelas (bahawa ia sah), tapi jika ia tidak diberikan saya akan pulang dengan basikal,” kata Morata kepada DAZN.

“(Rakan sepasukan saya) bimbang kerana saya menyentuhnya, tapi VAR memberikannya, jadi saya gembira.

“Sukar untuk melihatnya dari sana dan tidak menyentuhnya, mungkin mereka lebih bimbang jika saya tidak menyentuhnya dan ia tidak masuk.”

– BERITA HARIAN