KUALA TERENGGANU -Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu (MTOT) ditubuhkan Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan istimewa di negeri ini tidak terpinggir, malah diikitarfkan peranan dan kepentingannya terutama dalam agenda kerajaan semalam.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Nor Hamzah berkata dengan wujudnya MTOT, semua perlu menyantuni golongan OKU secara adil serta meningkatkan penyertaan mereka di dalam pelbagai bidang.
Peranan MTOT adalah untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan OKU.
Di samping, mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan bagi pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi.
“Kerajaan tidak boleh memandang ringan tentang aduan golongan OKU dan apa yang diutuskan perlu dibawa oleh Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Mesyuarat Exco.”, katanya.
Sekali gus, MTOT akan memperkasakan golongan ini dan membuka peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi OKU dalam pasaran buruh.
– UPDI