Murid Pulang Bercuti Tahun Baharu Cina Tidak Dibenar Kembali ke Asrama

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Murid daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama.

Sebaliknya, mereka perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, ketetapan itu dibuat sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 yang lebih besar serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita ingin memastikan anak-anak kita yang bakal menduduki SPM pada Februari dan Mac ini berada dalam keadaan yang terlindung.

“Supaya mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan teratur,” katanya.

Pada masa sama, tambah Radzi, pihaknya akan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dapat ditingkatkan, khususnya di asrama sekolah.

Sumber: AWANI