MUSIM tengkujuh telah tiba maka tahap kerisauan golongan ibu dan isteri pun mulalah meningkat.
Bagi yang tidak mempunyai pengering atau dryer, mereka terpaksa menjemur pakaian di dalam rumah bagi mengelakkan pakaian ‘disirami’ atau terkena tempias hujan lebat.
Paling ‘pening’ memikirkan masalah ini tentulah mereka yang keluar pagi, balik petang kerana tiada siapa yang boleh membantu mengangkat jemuran di ampaian jika hujan.
Menjemur pakaian dalam rumah mungkin dilihat penyelesaian terbaik, tapi sebenarnya ia akan memberi kesan kepada kesihatan diri dan keluarga.
Terdapat lima kesan jangka masa panjang yang kita tidak akan nampak sekarang jika menjemur pakaian dalam rumah, tetapi sekurang-kurangnya kita masih boleh mencari jalan penyelesaiannya
Kalau anda ada masalah kulit, elak jemur kain di dalam rumah.
1. Penyakit alahan
Udara dari pakaian lembab yang dijemur akan terperangkap di ruang jemuran menyebabkan pembiakan bakteria berlaku.
Kecenderungan untuk mendapat penyakit ruam dan masalah gangguan pernafasan adalah tinggi.
2. Punca kanser
Pelembut pakaian mengandungi acetaldehydes yang tinggi merupakan penyebab utama bagi penyakit kanser.
3. Penyakit asma
Mengeringkan pakaian di dalam ruang rumah juga akan meningkatkan kelembapan udara dan menyebabkan lebih banyak debu.
Bau tidak menyenangkan mula timbul apabila baju direndam terlalu lama.
4. Racun
Racun ini terjadi jika kita melengah-lengahkan atau menangguh untuk menjemur pakaian yang sudah dibasuh kerana menunggu cuaca panas. Bukan itu sahaja, bau yang dikeluarkan daripada pakaian ini juga akan menjadi busuk.
5. Lemah sistem ketahanan badan
Tahap imunisasi menjadi lemah ini dapat dilihat apabila kita mudah diserang penyakit seperti selesema dan demam.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda dan juga keluarga, elakkan menjemur pakaian di dalam rumah.
Menjemur kain dalam rumah boleh mendatangkan perkara bahaya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan pakaian anda terdedah kepada cahaya matahari dengan menyediakan tempat jemuran di luar rumah.
Jika hujan berpanjangan seeloknya keringkan pakaian yang masih basah di kedai dobi yang berdekatan.
Sumber: Mstar