Musk lancarkan semula Twitter Blue selepas gagal kerana kewujudan akaun palsu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SAN FRANCISCO: Elon Musk melancarkan semula perkhidmatan langganan untuk Twitter selepas percubaan pertama menyaksikan rangkaian akaun palsu memalukan dan menakutkan pengiklan, hingga ia menimbulkan keraguan mengenai masa depan laman sesawang itu.

Percubaan pertama bulan lalu berlaku hanya 10 hari selepas Musk mengambil alih AS$44 bilion (RM194.96 bilion) platform berpengaruh itu dan beliau melakukan rombakan secara besar-besaran menamatkan separuh daripada kakitangannya, termasuk pasukan pekerja yang menyederhanakan kandungan.

Pelancaran semula Twitter Blue timbul ketika pemilik Tesla dan SpaceX, yang sudah meningkatkan ‘ulang kicau’ yang menyokong sebab sayap kanan, termasuk penentangan terhadap penggunaan kata ganti nama neutral jantina dan tindak balas kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap COVID-19.

Perkhidmatan langganan berharga AS$8 (RM35.45) sebulan untuk pengguna yang mengakses Twitter di web dan AS$11 (RM48.74) jika mendaftar pada peranti Apple.

Caj harga tambahan hingga 30 peratus dikenakan Apple di apalikasinya itu mengundang kemarahan Musk.

Pelancaran awal Twitter Blue menyebabkan kekecohan apabila banyak akaun palsu muncul yang berpura-pura menjadi selebriti atau syarikat dan pasukan Musk terpaksa menarik balik pelancaran baharunya itu.

Kali ini, syarikat itu mempertingkatkan prosedur pengesahannya dengan semakan yang diperlukan oleh Twitter sebelum menerima tanda semak biru yang diidamkan.

Kata syarikat itu, tanda semak untuk perniagaan adalah berwarna emas dan kemudian dalam minggu ini, akan menjadi kelabu untuk organisasi kerajaan.

Tanda semak berwarna biru pada akaun menunjukkan ia sudah disahkan oleh Twitter yang sebelum ini adalah percuma tetapi dikhaskan untuk organisasi dan tokoh awam dalam usaha untuk mengelakkan penyamaran dan maklumat salah.

Menurut laman web itu, langganan baharu Twitter Blue kini hanya tersedia di AS, Kanada, Australia, New Zealand dan United Kingdom dan dimaklumkan ia kemudian akan dikembangkan.

Sejak syarikat itu diambil alih Musk, penyaringan atau pemantauan kandungan membuatkannya sakit kepala, yang menyifatkan dirinya sebagai ahli mutlak bebas bersuara dan berikrar untuk menamatkan kebanyakan bentuk penapisan di laman web itu.

Bagaimanapun, komitmen jutawan terhadap kebebasan bersuara menakutkan pengiklan utama, menarik perhatian pengawal selia dan secara ringkas mencabar akses syarikat ke gedung aplikasi Apple.

Musk percaya bahawa pemilikan Twitter sebelum ini memegang berat sebelah sayap kiri dan golongan pro golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang kuat dan akaun yang dilarang secara tidak adil, termasuk bekas presiden Donald Trump.

Ahad lalu, beliau juga menyelar penasihat utama mengetuai tindak balas AS terhadap pandemik COVID-19, Anthony Fauci, yang sering menjadi sasaran fitnah di media sayap kanan.

Pada awal pandemik COVID-19, Musk menerusi ciapan twitter, menyuarakan kebimbangan virus ‘bodoh’ dan sejak mengambil alih Twitter, beliau mengalih keluar dasarnya yang menyasarkan maklumat salah COVID-19.

Rumah Putih menyelar ciapan Musk terhadap Fauci yang memanggil mereka ‘menjijikkan’ dan ‘tidak kena langsung dengan realiti’ dengan mengatakannya ia sangat berbahaya, satu bentuk serangan peribadi ini yang kita lihat, kata jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre.

CNN melaporkan bahawa bekas ketua amanah dan keselamatan Twitter melarikan diri dari rumahnya selepas serangan tidak berasas di Twitter, disokong oleh Musk.

Yoel Roth, yang meninggalkan syarikat itu pada November, menjadi subjek ancaman berikutan pengeluaran Twitter Files, kumpulan dokumen dalaman yang Musk dakwa menunjukkan pakatan sulit dalam syarikat dengan Parti Demokrat.

Serangan itu menjadi serius Ahad lalu apabila Musk menyokong ‘ciapan’ yang menuduh Roth sebagai seorang apologis untuk pedofilia, iaitu kiasan biasa digunakan oleh ahli teori konspirasi untuk menyasarkan pihak lawan. – AFP

Sumber: BERITA HARIAN