Muslim UK Protes Wajah Nabi Muhammad Dipaparkan Dalam Kelas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

WEST YORKSHIRE , 12 Sya’ban 1442 H, Jumaat: Sebuah sekolah menengah di utara England membuat permohonan dan menggantung seorang guru yang menggunakan gambar Nabi Muhammad di dalam kelas. Tindakan guru tersebut dikecam orang ramai.

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di West Yorkshire, yang mempunyai komuniti Muslim yang ramai. Sky News melaporkan, gambar yang ditunjukkan di Batley Grammar School itu diambil dari siri kartun yang sama dari majalah satira Charlie Hebdo, yang pernah menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga pejabat Charlie Hebdo di Paris diserang oleh pengganas pada tahun 2015 , menyebabkan 12 kematian.

“Pihak sekolah dengan tegas meminta maaf kerana menggunakan gambar yang langsung tidak sesuai digunakan dalam silibus pelajaran agama baru-baru ini,” kata pengetua sekolah Gary Kibble dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

“Anggota kakitangan sekolah juga turut meminta maaf,” katanya. “Penting bagi para pelajar untuk belajar mengenai kepercayaan agama. Perkara yang melibatkan kepercayaan agama perlu kita hormati dan kita perlu menjaga sensitiviti.”

Kira-kira dua minggu yang lalu para penunjuk perasaan telah berkumpul di luar pintu sekolah menuntut agar guru berkenaan meletakkan jawatan, menurut Agence France-Presse (AFP).

Pengasas NGO Purpose Of Life, Mohammad Sajad Hussain, menyatakan bahawa dia “sangat terluka” oleh “karikatur yang menghina Nabi umat Islam.”

Dia memberitahu bahawa NGO nya tidak akan bekerjasama dengan sekolah itu sehingga guru tersebut “disingkirkan selama-lamanya” dari sekolah tersebut.

Setakat ini tidak ada komen dari pihak kerajaan.

Pada tahun 2019, para ibu bapa Muslim mengadakan tunjuk perasaan di sebuah sekolah rendah di pusat bandar Birmingham kerana silibus pelajaran sekolah tersebut memasukkan silibus yang merangkumi hubungan sesama jenis dan isu-isu transgender.