Musnah Sudah Permata Itu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Suasana sunyi sepi ketika di pagi hari, burung-burung mula kelihatan berterbangan di awan sana. Suasana ini ibarat perasaan yang wujud dalam diri Nek Mah yang terasa sunyi tanpa kehadiran anak-anak disisinya. Kesakitan menahan rindu terhadap anak-anak amatlah pedih buat seorang yang bergelar sebagai ibu dan bapa. Begitulah perasaan Nek Mah yang terluka apabila diabaikan oleh anak-anaknya. Nek Mah kelihatan begitu cantik, kemas dan wangi setiap pagi. Nek Mah selalu bangun awal pagi kerana setiap kali pukul 8.00pagi, Nek Mah akan keluar merayau-rayau di halaman rumahnya dan memanggil-manggil anak-anaknya.

“Baiklah anak-anak ibu semua, jom main sorok-sorok dengan ibu.” Nek Mah kelihatan hanya bercakap seorang diri. “Kamu semua menyorok tau, biar ibu yang cari kamu bertiga. Ibu kira 1, 2, 3, 4 … 10.  Siapa yang ibu jumpa dulu, dia yang jadi, ye.” Nek Mah mencari-cari anaknya sambil berkata, “mana kamu semua, mana kamu menyorok?” Nek Mah berjalan perlahan-lahan ke belakang rumahnya kerana dia tahu bahawa anak-anaknya akan bersembunyi di situ. Nek Mah berjalan perlahan-lahan di tepi rumah lalu tiba di penjuru belakang rumah.

Nek Mah berkata, “hah! Mana nak sembunyi?” 

Nek Mah seolah nampak dan mendengar anak-anaknya menjerit dan melarikan diri daripada dia apabila mereka telah ditemukan oleh Nek Mah. Nek Mah ketawa seorang diri seolah-olah berasa kelakar kerana anaknya terkejut dengan kehadirannya. Namun, ketawa Nek Mah berhenti seketika. Nek Mah melihat sekelilingnya, tiada sesiapapun di depannya. Dalam mata Nek Mah semakin lama semakin banyak air mata yang bertakung kemudian membasahi pipinya.

Nek Mah berkata, “mana anak-anak ibu? Kenapa menyorok jauh sangat? Ibu tak dapat cari kamu semua.” Suara Nek Mah kedengaran begitu sayu. 

Nek Mah berkata lagi sambil  air matanya mengalir di pipi, “ janganlah buat ibu macam ni.” Tangisan Nek Mah semakin kuat apabila dia sedar bahawa anak-anaknya tiada di depan matanya. Sedang Nek Mah menangis, dia berimaginasi lagi bahawa dia merasakan anak-anaknya lalu dibelakangnya, Nek Mah berpaling ke belakang dan berkata, “hah, mana kamu nak lari? Nak menyorok ye, tak nak keluar. Takpe-takpe, ibu akan cari kamu sampai dapat.”

Emosi atau perasaan Nek Mah sering berubah-rubah, sekejap dia ketawa sekejap dia menangis. Begitulah keadaan Nek Mah setiap pagi dan juga hampir setiap hari. Nek Mah amat rindu akan anak-anaknya. Orang kampung yang lalu di depan rumahnya melihat perangai Nek Mah yang pelik itu sehingga menyebabkan orang kampung menganggap Nek Mah sudah gila.

Pada malam itu, Nek Mah yang berada di dapur menuju ke ruang tamu sambil membawa beberapa pinggan dan gelas untuk di hidangkan kepada anak-anaknya. Dalam pinggan itu terdapat makanan seperti keropok goreng dan juga pencicah. Nek Mah kelihatan sedang bercakap dengan tiga buah patung dewasa yang sedang berdiri di ruang tamu. Nek Mah menganggap patung-patung tu anak-anaknya. 

Nek Mah berkata, “anak-anak ibu tengok cerita apa ni?”
Sambil itu Nek Mah menghidangkan keropok dan air teh panas di atas meja kemudian dia duduk di sofa sebelah dua orang anak lelakinya yang bernama Achik dan Angah. Nek Mah mempelawa mereka untuk makan keropok itu. Nek Mah berpaling ke arah Along yang berada di tingkap dan berkata, “Along buat apa dekat tingkap tu, meh makan keropok ni.”

Nek Mah menonton cerita dan makan keropok itu seorang diri, di ruang tamu itu hanya terdapat Nek Mah dan tiga buah patung yang tidak bernyawa. Nek Mah sebenarnya berada di dunia khayalan dimana dia seolah-olah menonton cerita dan makan bersama anak-anaknya.

Keesokan harinya, Nek Pah datang ke rumah Nek Mah setelah 20 tahun mereka terpisah. Nek Pah memberi salam sebanyak tiga kali, “assalamualaikum.” Beberapa saat kemudian Nek Mah membuka pintu dan menjawab salam itu, “waalaikumussalam.”  Nek Pah menunjukkan ibu jarinya kearah Nek Mah dan berkata, “Mah? Kamu Mah kan?” Nek Mah pun menjawab dengan wajah tersenyum, “ye Pah, ni aku Mah.” 

“Ya Allah Pah, lama kita tak jumpa.” Kata Nek Mah kepada Nek Pah.

Mereka sangat gembira kerana dapat bertemu semula, mereka berpelukan antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan air dicincang tidak akan putus. Selama manapun kita berpisah dengan adik-beradik, suatu hari nanti akan dipertemukan juga walau bagaimanapun caranya. Nek Mah mempelawa Nek Pah masuk ke dalam rumahnya. Nek Mah perkenalkan anak-anaknya kepada Nek  Pah. “Pah, inilah anak-anak aku.”

“Along, Angah, Achik meh sini, Ibu nak kenalkan kat kamu semua, inilah tok saudara kamu, Nek Pah. Mari salam dengan Mak cik Pah meh.” Nek Pah berasa hairan bahawa anak yang dikatakan oleh Nek Mah itu hanyalah sebuah patung yang tidak bergerak. Nek Pah bertanya kepada Nek Mah, “ Mah, kau okey ke tak ni? Mana anak-anak kau?

Nek Mah tadi yang tersenyum, tiba-tiba wajahnya berubah menjadi sedih. “Anak-anak aku semuanya dah tinggalkan aku, aku tak tahu Pah apa salah aku pada mereka, sampaikan mereka sanggup tinggalkan aku seorang diri di rumah buruk ni.” Air mata Nek Mah mula mengalir. Nek Mah memberitahu Nek Pah lagi, “dah 2 tahun anak-anak aku tinggalkan aku tanpa menanyakan khabar aku.”

“Habis tu kau tak cuba telefon mereka, atau kau pergi rumah mereka ke?” Tanya Nek Pah kepada Nek Mah. “Aku dah cuba telefon mereka, tapi nombor mereka dah tak aktif. Aku dah cuba pergi rumah mereka  dekat Johor tapi mereka semua dah pindah.” Nek Mah menjawab pertanyaan Nek Pah.

“Aku dah buntu Pah, aku dah tak tahu nak cari mereka kat mana lagi.” Nek Mah bercakap sambil menangis. Nek Pah berkata dengan nada yang tinggi, “anak jenis apa ni! sanggup tinggalkan ibu dia seorang diri? Tanya khabar pun tak!” Nek Mah dengan suara yang lembut dan sayu berkata, “Takpelah Pah, memang dah takdir aku kena tinggal oleh anak-anak. Aku redha Pah.”

Nek Pah berasa sedih melihat keadaan Nek Mah yang sebegitu. “Kau jangan risau Mah, mulai hari ni aku akan tinggal dengan kau, aku akan jaga kau, aku janji.” Nek Pah berjanji untuk menjaga dan menemani Nek Mah di rumah itu. “Terima Kasih Pah, kau janji tau kau takkan tinggalkan aku.” Nek Mah berkata kepada Nek Pah. Nek Pah pun berkata, “ya, aku janji takkan tinggalkan kau.” Nek Mah kelihatan gembira mendengar kata-kata itu daripada Nek Pah. Mereka berpelukan.

Kelakuan Nek Mah jadi semakin aneh semenjak ditinggalkan oleh anaknya, dia suka bercakap seorang diri, ketawa seorang diri dan menangis juga seorang diri. Nek Mah begitu sedih kerana sudah hampir dua tahun anak-anaknya meninggalkan dia tanpa bertanya khabar. Patung-patung itulah yang dianggap sebagai anak-anak Nek Mah apabila dia rindu akan anak-anaknya. Setelah pada itu, Nek Pah la yang menjaga Nek Mah sehinggalah suatu hari Nek Mah dikatakan telah meninggal dunia. 

Sebelum Nek Mah meninggal dunia, Nek Mah telah memberitahu dan meminta pertolongan daripada Nek Pah untuk mencari permata yang telah hilang dalam hidupnya. Nek Mah berjanji untuk menolong Nek Mah mencari permatanya itu. Namun, Nek Pah tidak dapat menunaikan janjinya kepada Nek Mah.

Nek Pah berasa sangat berduka atas kehilangan kembarnya itu kerana mereka baru sahaja bertemu. Nek Pah merasakan kematian Nek Mah disebabkan oleh 3 orang anak Nek Mah. Nek Pah merancang untuk membalas dendam kepada 3 orang anak saudaranya itu. 

Setelah beberapa bulan selepas pemergian Nek Mah, Nek Pah menyamar sebagai Nek Mah. Setelah Nek Mah meninggal dunia, kembar kepada Nek Mah merancang sesuatu untuk memberi pengajaran kepada anak-anak Nek Mah. Ini kerana Nek Pah merasakan bahawa Nek Mah mati disebabkan mereka bertiga. Nek Mah terpaksa menanggung rasa sakit menahan rindu terhadap anak-anaknya.

Nek Pah berusaha mencari alamat dan nombor telefon anak-anak Nek Mah, dan akhirnya Nek Pah berjaya menemukan nombor telefon mereka bertiga. Suatu hari, 3 beradik ini mendapat panggilan daripada Nek Pah yang menyamar menjadi Nek Mah dan menyuruh mereka pulang ke kampung dengan segera dan meminta mereka pulang bertiga sahaja. Namun ketika itu, anak-anak Nek Mah memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung. Nek Pah yang menjadi sebagai Nek Mah itu telah memberitahu mereka, jika mereka tidak pulang keesokan harinya, mereka akan menyesal dan mereka tidak akan jumpa dengannya buat selama-lamanya.

Dalam keadaan terpaksa, mereka bertiga pun balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibu mereka. Nek Pah telahpun merancang sesuatu kepada tiga orang anak saudaranya itu. Tibalah mereka di rumah itu. Saat mereka cuba mengetuk pintu rumah itu, tiba-tiba pintu rumah itu terbuka dengan sendiri. Mereka bertiga saling berpandangan.

Selepas itu, mereka masuk ke dalam rumah itu dengan memberi salam. Ketika mereka melangkah masuk dalam rumah itu, rumah itu berasa sunyi dan sepi seperti tiada orang di dalamnya. Mereka menemui Nek Pah di dapur. Angah bertanya kepada ibunya itu, “Ibu, ibu buat apa tu? Sebelum Nek Pah berpaling ke arah mereka, Nek Pah mengambil dan memegang sebilah pisau dan ditujukan ke arah mereka. Mereka bertiga berkejut dan takut dengan tindakan ibunya. 

Achik berkata, “Ibu! Ibu nak buat apa ni? Nek Pah menghampiri mereka perlahan-lahan sambil memegang pisau. 

“Ibu, ibu jangan buat macam ni dekat kami.” Merayu Along dekat kepada ibunya. Dengan rasa takut, mereka bertiga tiba-tiba berlutut merayu kepada ibunya. Selepas itu Nek Pah ketawa, dan dia memberitahu mereka bahawa pisau yang dipegangnya itu adalah untuk menyiang ikan keli yang berada dekat pintu dapur tu bukan untuk bunuh mereka. 

Mereka berfikir ibunya itu mahu mengapa-apakan mereka. Setelah pada itu, Nek Pah telah memasak ikan keli masak pedas untuk makan tengahari bersama anak-anaknya. Semenjak mereka pulang ke rumah ini mereka sering mendengar sesuatu yang aneh seperti mendengar ada orang sedang mengasah pisau, menangis, menjerit dan juga ketawa.

Apa yang pelik bagi mereka adalah, suara-suara itu dari dalam bilik ibu mereka. Mereka menanyakan kepada ibu mereka tentang bunyi yang sering didengari setiap malam, tetapi ibu mereka mengatakan bahawa ketika itu ibunya telah tidur dan tidak mungkin itu ibunya.

Along bertanya kepada Angah dan Achik, “korang dengarkan apa yang Along dengar semalam?” Angah dan Achik menjawab, “ye, kami pun dengar.” Along berfikir sekejap lalu berkata, “suara orang menangis dan ketawa tu sebijik macam suara ibu, tapi kenapa ibu cakap tu bukan suara dia? Ke kita yang mengingau eh?”

“Ish takkanlah kita bertiga mimpi kot, benda yang sama pula tu. Tapi apa yang kita dengar tu bukan mimpi.” Angah cakap. “Dah la, lupakan jelah, khayalan kita je tu, mungkin bunyi binatang belakang rumah kita ke. Belakang rumah kita kan ada hutan sikit-sikit.” kata Angah. Along dan Achik mengiyakan apa yang dikatakan oleh Angah itu. Mereka cuba untuk lupakan apa yang mereka dengar itu setiap malam.

Keesokannya, Nek Pah memberitahu mereka bahawa 3 permata yang berharga baginya telah hilang. Ibu mereka meminta mereka bertiga untuk mencari permata itu sampai jumpa dalam masa tiga hari. Jika mereka tidak menjumpai permata itu, nyawa mereka berada dalam keadaan yang bahaya.

 Mereka terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Nek Pah itu. Mereka berasa pelik, jika mereka tidak dapatkan permata itu, nyawa mereka akan terancang. Angah memberitahu ibunya,”kenapa pula nak kaitkan permata yang hilang tu dengan nyawa kami? Bukan kami yang hilangkan permata tu.”

Nek Pah berpaling kepada mereka dan berkata, “siapa cakap bukan kamu bertiga yang hilangkan permata tu?” Achik menjawab, “tapi betul ibu, Achik, Along dan Angah tak curi permata tu. Buat apa kami nak curi atau ambil permata ibu, kami semua kan masing-masing dah kerja dan ada duit sendiri. Betulkan Along, Angah?” Along mengangguk sebagai tanda mengiyakan jawapan Achik itu.

“Tipu!” Kata Nek Pah. Selepas kamu bertiga kahwin dan keluar dari rumah ini, semua permata ibu hilang. Ini mesti antara kamu bertiga yang mengambilnya!” Kata Nek Pah lagi. Angah berkata, “kami tak ambil permata tu.”

“Ibu tak kira, kamu curi atau tak, ibu nak kamu bertiga cari juga permata tu sampai dapat!” kata Nek Pah kepada Along, Angah dan Achik. “Jika kamu bertiga tidak menemukan permata itu dalam masa tiga hari, nyawa kalian akan terancang!” Muka mereka kelihatan pucat dan terkejut dengan ugutan ibu mereka. Mereka bertiga buat keputusan untuk tidak mencari permata itu dan mereka ingat balik ke rumah masing-masing.

Nek Pah tidak membenarkan mereka semua keluar dari rumah ini selagi mereka tidak menemukan permata itu. Mereka tetap berdegil untuk pulang. Nek Pah dengan suara yang tegas dan kuat memberitahu mereka bahawa jika mereka tidak mahu mencari permata itu, mereka semua akan mati. 

Achik dan Angah mula berasa takut dengan apa yang dikatakan ibunya itu. Namun Along tetap berdegil. Kata Along, “Along tak kira, Along nak keluar juga dari rumah ni!” Tanpa menghiraukan mereka semua, Along berjalan keluar dari rumah itu, namun tiba-tiba muncul sebilah keris dari arahnya dan hampir terkena padanya tetapi dia sempat mengelak. Keris itu tercucuk di dinding rumah itu. Along berasa kecut perut dengan apa yang terjadi itu. Nek Pah keluar menuju kearah Along.

Nek Pah memberitahu bahawa itu akibatnya apabila mereka ingkar kerana tidak mahu mengikut arahan ibunya. Kerana takut nyawa mereka melayang, mereka bersetuju untuk mencari permata itu. Mereka bertiga mengikut arahan ibunya dan mencari permata itu dalam keadaan terpaksa. 

Pada petang itu juga, Along, Angah dan Achik sedang mencari permata-permata itu didalam dan luar rumah ibu mereka. “Along, penatlah cari permata ni.” Achik mengeluh sambil duduk di kerusi bangku di depan rumahnya kerana permata itu masih tidak dijumpai oleh mereka. 

Achik berkata lagi, “ibu suruh kita cari kawasan rumah ni je tapi dah habis tempat kita cari masih tak jumpa juga ni.” Jawab Along, “Along pun penat juga ni.” Angah datang dekat Along dan Achik dengan keadaan marah-marah lalu berkata, “aku tak fahamlah dengan ibu sekarang ni, kenapa dia paksa kita cari permata tu? Dan kenapa pula dia nak libatkan nyawa kita kalau kita tak cari permata tu?”

 “Sabar Angah.” kata Along. “Sabar Along cakap? Masalahnya sekarang ni, nyawa kita. Tahukan nyawa kita sekarang ni dalam bahaya?” Angah berkata dengan nada yang marah. Achik yang hanya mendengar luahan hati Angah itu pun berbicara, “ Achik pun tak faham dengan ibu, kenapa ibu lebih pentingkan permata tu daripada nyawa anak-anak dia.” Mereka semua terdiam memikirkan hal itu. 

Telah masuk hari kedua mereka masih tidak menemukan permata itu. Mereka tetap berusaha mencari permata itu.

Masuk hari ketiga. Pagi itu Along keluar untuk membeli nasi di sebuah warung yang berada di hujung kampung. Ketika Along pergi membeli nasi berlauk di warung Pak Mat, orang kampung sedang bercakap tentang ibunya yang sebenarnya telah meninggal dunia. Along yang mendengar hal itu dia menafikan yang ibunya sebenarnya telah mati. Along berkata, “ apa yang kamu semua cakap ni? Siapa cakap ibu saya dah mati?”

Salah seorang penduduk kampung itu menjawab pertanyaan Along, “Along, ibu kamu sebenarnya dah mati sebulan yang lalu. Kami semua yang kebumikan ibu kamu tu.” Along memarahi orang kampung dan berkata, “kalau betullah ibu saya dah takde, habis tu siapa yang kami jumpa dan nampak kat rumah tu?” Mereka semua diam dan tidak berkata apa-apa.

Pak Mat iaitu tuan punya kedai ini memberitahu Along bahawa apa yang dia dengar itu adalah betul. “Ibu kamu sebenarnya dah mati dan bukan itu sahaja, perempuan yang berada dirumah itu sebenarnya kembar Nek Mah.” Along tidak mempercayai itu semua, Along tidak jadi untuk membeli nasi disitu. Dia masuk ke keretanya dan terus pulang ke rumah dalam keadaan marah.

Fikiran Along melayang-layang apabila memikirkan apa yang dikatakan oleh penduduk kampung itu tadi. Pada malam ketiga itu, Along bertekad untuk menanyakan kepada perempuan itu sama ada dia betul-betul ibu kepada tiga beradik ini atau dia siapa. Along mulai curiga dengan ibunya ini, dia merasakan bahawa betul apa yang dikatakan oleh penduduk kampung bahawa perempuan yang ada dalam rumah ini bukan ibunya kerana ibunya bukan seorang yang suka marah-marah. Ibunya merupakan seorang yang lemah lembut dan tidak pernah bersikap kasar dengan anak-anaknya. Along tersedar dari lamunannya setelah bahunya disentuh oleh Nek Pah.

Nek Pah menyapa Along yang sedang mengelamun. “Ibu.” Panggil Along kepada perempuan yang dikatakan ibunya. Ibunya pun menjawab panggilan Along itu. Along mendiamkan dirinya seketika sebelum bertanyakan sesuatu kepada ibunya. Selepas itu Along bertanya lagi kepada ibunya, “Ibu, ibu Along kan?” Ibunya berasa hairan dengan pertanyaan Along itu. Ibunya berkata, “apa yang Along cakapkan ni? Ibu kan memang ibu Along.”

Along bangun dari katil dan berdiri di hadapan ibunya itu. “Tak, Along tak percaya orang yang berada depan Along sekarang ni ialah ibu Along.” kata Along sambil menggelengkan kepalanya. Nek Pah yang dikatakan menyamar sebagai Nek Mah itu pun menghampiri Along dan memegang bahu Along. Along cuba menepis tangan ibunya itu dan berkata dengan nada yang tinggi,“ kau siapa sebenarnya? Kenapa kau pura-pura jadi ibu aku?” Achik yang mendengar Along bercakap seperti itu berkata, “apa ni Long? Kenapa tinggikan suara dengan ibu?”

“Kau diam Achik, kau tahu tak, perempuan ni sebenarnya bukan ibu kita. Perempuan ni hanya menyamar sebagai ibu kita!” Nek Pah pun berkata, “apa yang Along cakap ni? ni ibu la Along. Ibu memang ibu Along.”

“Tak! Aku tak percaya kau ibu aku. Ibu aku dah mati. Kata Along dengan nada yang tinggi lagi. “Ibu tak tipu, ibu cakap betul.” Kata ibunya kepada Along. Achik bertanya kepada Along, “apa yang Along cakapkan ni? Ni kan memang ibu kita.”  Dalam keadaan marah Along berkata kepada Achik, “kenapa kau susah nak faham ah, aku kata ni bukan ibu kita, kau faham tak! Perempuan ni menyamar sebagai ibu kita!”

Angah berkata, “jika betul apa yang Along cakapkan tu, ibu buktikan kepada kami semua yang ibu sebenarnya ibu kami. Angah mahu ibunya buktikan kepada mereka bertiga bahawa dia adalah ibu mereka yang sebenar. Achik memberitahu bahawa ibunya mempunyai tanda besar berwarna hitam di lehernya. Ibu mereka kelihatan gelisah dan berasa was-was untuk menunjukkan tanda itu. 

Along menghampiri Nek Pah itu untuk melihat tanda itu, tiba-tiba Nek Pah menjauhkan dirinya daripada Along. Mereka bertiga cuba untuk membuka tudung yang dipakai oleh ibunya. Ibunya melarikan dirinya masuk ke dalam bilik. 

Mereka bertiga mengejar ibunya itu. Ibunya mengunci pintu biliknya dan mereka mengetuk pintu itu dengan kuat. Angah cuba untuk memecahkan pintu itu. Nek Pah telah bersembunyi di belakang pintu biliknya dengan memegang sebatang kayu. Setelah mereka dapat masuk ke dalam bilik ibunya. Nek Mah telah memukul mereka semua sehingga pengsan.

Nek Pah membawa mereka ke sebuah bilik yang seram dan sunyi. Setelah beberapa jam, mereka pun tersedar. Dalam bilik itu, terdapat sebuah cermin yang besar. Mereka bertiga telah diikat disebuah kerusi. Nek Pah berjalan-jalan disekeliling mereka bertiga lalu menunjuk ke arah cermin yang berada dihadapan mereka dan memberitahu mereka bahawa disebalik cermin itu ada permata. 

Nek Pah berjalan dan ketawa dengan kuat serta dia mengatakan bahawa permata yang mereka kena cari itu sebenarnya ialah mereka bertiga. Permata yang berharga itu merupakan anak-anaknya. Semenjak mereka berkahwin dan bekerja, mereka pergi meninggalkan Nek Mah seorang diri di rumah itu. Semenjak itulah Nek Mah merasakan permatanya itu telah hilang. Kehilangan anak-anak membuatkan hidup Nek Mah seperti orang kurang siuman. Perempuan yang dikatakan Nek Pah itu sebenarnya Nek Mah. Nek Mah yang berpura-pura menjadi Nek Pah, bukannya Nek Pah yang menjadi Nek Mah.

Nek Mah juga memberitahu mereka bahawa yang mati itu ialah Nek Pah. Nek Pah mati kerana dia yang bunuh. Perkataan bunuh yang keluar daripada mulut ibu mereka membuatkan mereka terkejut dan tidak percaya akan hal itu. Along berkata, “Apa yang Along dengar daripada orang kampung, yang mati tu ibu bukan Nek Pah. Kau tipu! Kau bukan ibu aku!”

“Along, ni ibu, Along.” Nek Mah memberitahu Along dengan suara yang lembut. Angah pun bersuara, “kami tak percaya kau ibu kami, kalau kau ibu kami, kau takkan buat kami macam ni!”  Nek Mah yang menundukkan kepalanya kebawah, dengan perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang ke wajah anak-anaknya dengan perasaan seperti kena rasuk dan matanya kelihatan besar. 

Nek Mah memberitahu kepada mereka bertiga bahawa dia adalah ibu mereka bukannya Nek Pah. “Aku memang ibu kalian, Aku ialah Nek Mah bukan Nek Pah!” Perempuan yang dikatakan telah mati tu ialah Nek Pah bukan aku! Aku yang tipu semua orang bahawa yang mati tu Nek Mah! Hahahaha.”

Nek Mah menceritakan kepada Along, Angah dan Achik bagaimana dia membunuh Nek Pah. “Pada malam itu, aku masuk dalam bilik Nek Pah. Nek Pah tersedar daripada tidurnya, dia melihat aku berdiri di hadapan katilnya. Ketika Nek Pah bangun dari katil, Nek Pah bertanya kepada aku, “Mah, kau buat apa dalam bilik aku ni?” 

“Aku tidak menjawab. Aku keluar dari bilik Nek Pah dan keluar dari rumah menuju ke tali air/parit di belakang rumah.” Nek Pah memanggil nama aku “Mah Tunggu aku!” Namun aku pun buat tidak mendengar panggilannya. Hahaha. Lepas tu korang tahu apa jadi dengan Nek Pah?” Nek Pah bertanya kepada mereka sedang buka mata yang luas.

“Nek Pah Mengikuti aku sampai di jambatan tali air itu, tiba-tiba aku hilang dari pandangan Nek Pah.” Sambil bercerita Nek Mah berjalan-jalan mengelilingi anak-anak mereka yang telah dikat dengan tali di kerusi. “Nek Pah melihat disekitar kawasan itu, tiada sesiapapun disitu, hanya dia seorang sahaja di situ. Nek Pah berjalan untuk balik ke rumahnya semula namun tiba-tiba wujud seseorang dari belakangnya menolaknya masuk ke dalam parit.” Nek Mah ketawa, “ hahaha. Orang yang tolak Nek Pah itu ialah aku.”

“Nek Pah terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong. Namun Ketika itu, tiada seorang pun yang lalu di kawasan tersebut dan aku tak tolong pun dia. Hahaha, aku tengok je dia terkapai-kapai dalam parit tu. Lepas tu aku tinggalkan Nek Pah tu dalam parit. Keesokannya, Nek Pah ditemui mati lemas dalam parit itu. Hahahaha kelakarkan cerita aku?” Nek Mah berasa kelakar dengan cerita yang diceritakannya itu walaupun bagi Along, ngah dan Achik benda itu tidak kelakar.

 Achik berkata kepada ibunya, “sampai hati ibu buat Nek Pah macam tu. Achik tak sangka ibu sanggup bunuh Kembar ibu sendiri.” Nek memandang wajah mereka bertiga dengan wajah yang marah dan berkata, “korang kesian bila aku buat macam ni kat Nek Pah? Masa korang tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah buruk aku ni kau tak kesian! Ka tahu tak! Disebabkan kau semua la aku jadi macam ni!” Api marahnya mampu membakar lalang kering biarpun jauh di seberang lautan.

Korang tahu kenapa aku bunuh Nek Pah? Aku bunuh dia kerana dia kata dia nak tinggalkan aku sekejap. Aku tak nak dia tinggalkan aku walaupun sekejap.” Nek Mah menggelengkan kepalanya serta mukanya kelihatan sedih. “Jadi, kerana tidak mahu kehilangan Nek Pah untuk kali kedua, aku terpaksalah bunuh dia.” Nek Mah ketawa kemudian menangis. Along, Angah dan Achik tidak sangka yang ibunya sanggup jadi pembunuh. 

“Lepaskan kami ibu, kami minta maaf, telah abaikan ibu, maafkan kami, bu.” Along cuba merayu kepada ibunya supaya mereka dilepaskan dan dia juga memohon maaf. Nek Mah yang mendengar Along memohon maaf berasa kelakar, Nek Mah ketawa dengan kuat sekali kemudian dia berkata, “maaf? Baru hari ni kau semua nak minta maaf? Kepada tak minta maaf tahun depan je?”

“Tahun depan minta maaf? Tapi hari ni hari terakhir mereka hidup di dunia ni.” Nek Mah bercakap kepada dirinya sendiri di depan anak-anaknya. “Ibu nak buat apa dengan kami.” Tanya Angah kepada ibunya. “Kau nak tahu apa yang aku nak buat dekat kamu semua?” Nek Mah bertanya kepada mereka. Dendam mulai menguasai dirinya sehingga membuatkan dia sanggup membunuh darah dagingnya sendiri.

“Ibu maafkan kami, tolong lepaskan kami. Kami janji kalau ibu lepaskan kami, kami akan buat apa je yang ibu suruh, ibu mintalah apa yang ibu nak, kami akan bagi.” Mereka bertiga merayu kepada ibu mereka. “Betul ni kamu semua nak bagi je apa yang ibu nak?” Tanya Nek Mah kepada anak-anaknya. Mereka mengangguk.

“Kembalikan permata tu kepada aku!” Kata Nek Mah kepada mereka bertiga. Mereka berjanji untuk kembalikan permata itu kepada ibunya. Namun Nek Mah tak percayakan mereka lagi. Selepas itu, Nek Mah mengambil Mesin gergaji dan menghidupkan mesin itu. Mereka bertiga menjerit dan berkata, “Ibu! Ibu nak buat apa ni Ibu?”

“Malam ini giliran kamu semua pula yang harus mati. Hahahaha.” Nek Mah mengangkat mesin itu dan memotong satu persatu kepala anak-anaknya. Kedengaran jeritan daripada mereka itu, percikkan darah memenuhi bilik itu. Nek Mah tidak mahu kehilangan anak-anaknya lagi, Nek Mah terpaksa bunuh kesemua anak-anaknya. Mereka bertiga telah mati dibunuh oleh Nek Mah. Tiba-tiba muncul bayangan Nek Pah di hadapan Nek Mah lalu Nek Pah berkata, “apa yang kau telah buat ni Mah? Kenapa kau bunuh aku dan semua anak-anak kau?” 

Nek Mah memandang ke wajah Nek Pah sambil menangis dan berkata, aku minta maaf Pah, aku terpaksa bunuh korang semua, aku buat semua ni sebab aku tak nak kehilangan korang, aku nak korang sentiasa ada dengan aku.” Nek Mah menangis dan menjerit sekuat-kuatnya kerana mengenangkan atas apa yang telah dilakukannya.

Nek Mah melihat di atas meja dihadapannya itu terdapat sebilah pisau. Setelah itu, Nek Mah mencapai pisau itu dan menikam dirinya sendiri. Ayat terakhir yang keluar daripada mulut Nek Mah adalah, “maafkan aku Pah, maafkan ibu, nak.” Akhirnya Nek Mah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Hati seorang ibu tidak sepatutnya mengambil mudah. Apabila perasaan seorang ibu telah diguriskan oleh anak-anaknya nescaya nerakalah tempatnya. Untuk mendapatkan kembali kebahagiaan bersama anak-anak, seorang ibu sanggup melakukan apa saja demi bersama dengan anak-anaknya. Begitulah Nek Mah, kerana takut kehilangan orang yang disayangi buat kali kedua, dia sanggup membunuh anak-anaknya dan juga kembarnya iaitu Nek Pah. 

Beberapa hari kemudian, Nek Mah dan anak-anaknya telah ditemui mati oleh penduduk kampung di dalam bilik dibelakang rumah Nek Mah itu.