Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Seorang wanita yang dikenali dengan perwatakan sopan-santun, menghormati orang dan baik melayani peminatnya. Dia antara selebriti yang bertahan lama dalam industri seni tanah air bermula tahun 1995 hingga ke hari ini.
Anak tiri kepada penyanyi ini, Aazief Khalid turut berkongsi fun fact sebagai peminat Siti Nurhaliza dan tidak sangka penyanyi ini menjadi ahli keluarga besarnya.
Permulaan Siti Nurhaliza sebagai artis
Petikan video ini telah dimuatnaik pengguna Twitter, Nasir Pasir, mengimbau kembali kerjaya seni penyanyi nombor satu negara ini. Bagaimanapun, tweet ini telah mendapat respon Aazief Khalid.
Tidak dinafikan rata-rata antara kita pernah menonton dokumentari Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dokumentari ini menceritakan pengalaman dari penyanyi ini sendiri dari dirinya melangkah masuk ke dalam industri hiburan tanah air.
Fenomena dahsyat Siti Nurhaliza
Seorang penyanyi wanita yang penuh dengan sifat sopan-santun dan menghargai bakat kurniaan Allah membuatkan dia bertahan hingga ke hari ini. Fenomena Siti Nurhaliza antara sebuah fenomena trauma peminat yang dahsyat berlaku di Malaysia dan Indonesia.
Dia juga pernah melalui liku yang penuh dengan cabaran dan dugaan dalam industri sehingga menyebabkan penyanyi lagu Jerat Percintaan ini mengalirkan air matanya.
Dibesarkan sebagai peminat Siti Nurhaliza
Aazief Khalid kongsi beberapa fun fact ketika dibesarkan sebagai peminat Siti Nurhaliza. Dia meluahkan rasa bertuah kerana berpeluang bertemu penyanyi ini secara face-to-face.
Pergi kedai runcit pun nampak muka Siti
Anak tiri kepada penyanyi ini juga berkongsi sebuah foto pertama ketika bertemu penyanyi itu di rumahnya. Nervous wajahnya kerana dapat bergambar dengan seseorang yang diminati. Boleh dikatakan setiap hari dia dapat tengok wajah Siti Nurhaliza termasuklah dipaparkan di billboardsdan kad prepaid di kedai runcit.
Terkejut bila ayah nak kahwini Siti
Setiap kali hari kelahiran Siti Nurhaliza, banyak lagu nyanyian suara lunak ini di setiap corong radio dimainkan penyampai radio. Dan apa yang lebih mengejutkan lagi, apabila Dato Seri Khalid berkongsi hasratnya untuk menikahi penyanyi Cindai itu.
Tidak sangka penyanyi itu menjadi sebahagian dalam ahli keluarga besarnya. Kini, mereka juga mempunyai seorang lagi ‘Siti’ iaitu Siti Aafiyah yang sememangnya disayangi ahli keluarga ini dan peminat.
Sumber: Oh Bulan