MyArms Taja 42 Juara Ke Piala Dunia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Kesemua juara Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan bakal menerima tajaan penuh daripada Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms) untuk beraksi di Piala Dunia yang dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak, Mac tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden MyArms, Mohd Zil Fadli Abd Halim dengan kejohanan kebangsaan yang dijadual berlangsung di Hub Rekreasi Tropicana Aman Teluk Panglima Garang, Selangor Sabtu ini bakal mempertandingkan 42 kategori.

“Setiap pemenang kejohanan kebangsaan akan layak untuk mewakili Malaysia ke Piala Dunia,” kata Zil Fadli dalam sidang media kejohanan kebangsaan hari ini.

“Penyertaan mereka (ke Piala Dunia) akan ditaja sepenuhnya.

“Kejohanan kali ini disertai lebih 200 peserta dengan beberapa nama seperti penyandang juara 95 kilogram (kg), Jake Chia bakal mempertahankan gelarannya.

“Ini adalah penganjuran pertama yang diadakan selepas lama tertangguh ekoran COVID-19,” kata Zil Fadli.

Menurutnya, pihaknya berharap ia dapat berlangsung dengan lancar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, kali terakhir kejohanan anjuran MyArms yang diasaskan pada 2014 ini berlangsung ialah pada 17 Ogos 2019 di Cyberjaya, Selangor.

Sumber: Berita Harian