Nad, Ungku Ismail Sah Bergelar Suami Isteri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini bergelar suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ibu negara, pada Sabtu.

Nad, atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini, berkongsi fotonya dan suami, sedondon berpakaian serba putih untuk majis ijab kabul mereka.

Tidak banyak maklumat berhubung majlis berkenaan yang dikongsi oleh pasangan ini, kecuali mas kahwin bernilai RM1,000 yang dimuat naik dalam foto di IG Nad.

Tiada kapysen mengiringi foto yang dimuat naik itu, namun perkongsiannya di Instagram Story pada Ahad, Nad memilih kapsyen #MyHero untuk foto mereka.

Ungku Ismail dalam satu hantaran di Instagram peribadinya turut memuat naik video pendek majlis pernikahan mereka.

Pelakon drama rantaian Adellea Sofea ini hanya berkongsi tarikh bersejarah perkahwinan mereka dalam kapsyen hantaran berkenaan.

Pereka fesyen Seth & Luna, yang diberi tanggungjawab dalam tata rias mempelai itu berkata, mereka terharu diberi penghormatan dan kepercayaan untuk menhasilkan busana pernikahan pasangan selebriti itu.

“Bermula sebagai clientele SETH&LUNA dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan di atas tujuh tahun kami bersahabat.

“Bermula dari brand yang tidak begitu dikenali beliau sudah mula mempercayai hasil kerja kami baik dari busana majlis sehingga ke adibusana perayaan.

“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat,” kongsi kenyataan itu.

Dalam hantaran yang sama, Seth & Luna juga turut mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru @nad.zainal & @ungkuismailaziz

November lalu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di ibu negara, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sepanjang pelakon drama Cina Buta itu dirawat di hospital, Ungku menjadi orang paling rapat yang berkongsi mengenai perkembangan aktres itu.

Malah, Ungku juga melancarkan tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad bagi menampung kos rawatan sejak aktres itu dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Sumber : AWANI