NADMA Mungkin Perlu Penstrukturan Semula – Ismail Sabri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat akan membincangkan kemungkinan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) perlu dilakukan penstrukturan semula bagi membolehkan punca kuasa ditambah pada peringkat negeri dan daerah.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan struktur NADMA ketika ini hanya membabitkan peringkat pusat, dan tiada di negeri serta daerah.

“Kita akan membincangkan perkara itu. Mungkin perlu dilakukan penstrukturan semula supaya punca kuasa itu boleh ditambah.

“NADMA sekarang hanya sebagai penyelaras, namun di negeri masing-masing ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah. NADMA hanya panggil untuk mesyuarat dan mungkin kuasa itu boleh dilihat semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian