Nampak sedap, menyelerakan… ini 4 jenis makanan yang perlu dijauhi penderita gastrik

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PENGAMBILAN makanan yang tepat dapat mengurangkan gejala gastrik seperti perut rasa memulas, rasa panas di bahagian dada, kembung dan kerap sendawa.

Diet yang tepat dapat membantu mengurangkan gejala pada penghidap penyakit ini kerana jika pemakanan tidak dikawal, ia dapat memicu gastrik.

Berikut adalah beberapa makanan yang patut dijauhi oleh penderita gastrik.

1. Makanan masam

Salah satu makanan yang patut dijauhi oleh pesakit gastrik adalah makanan yang mempunyai rasa masam. Ia sangat sensitif pada penderita gastrik apatah lagi jika dengan kadar keasidan (pH) di bawah paras normal.

Maka adalah lebih baik menjauhi makanan yang mempunyai rasa masam seperti tomato, limau, jeruk, lemon dan sebagainya.

2. Makanan pedas

Kajian mendapati makanan pedas terbukti mampu membuatkan pesakit gastrik sakit perut dan mengalamiĀ heartburn.

3. Makanan berlemak

Makanan berlemak dan berkolesterol tinggi juga patut dijauhi pesakit gastrik seperti daging proses, burger, piza, keropok dan sebagainya.

Ini kerana ia dapat menurunkan tekanan otot sfingter esofagus yang membuatkan makanan berada lebih lama di dalam perut dan memicu gejala gastrik.

4. Tenusu

Hasil tenusu juga patut dijauhi oleh pesakit gastrik kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi.

Selain pemakanan, penderita sakit itu juga boleh melakukan senaman, mendapatkan tidur yang cukup dan mengurangkan tekanan agar gejala gastrik tidak muncul.

Sumber: mStar