Oleh: Naema Rashid
Nasi Minyak warisan turun-temurun
Nasi Minyak merupakan suatu hidangan yang mudah didapati di Terengganu, selalunya dimakan ketika Sarapan Pagi. Walau bagaimanapun, Nasi Minyak yang lazat yang membuatkan anda mengimbau keenakan waktu dahulu adalah sukar. Namun tidak perlu risau lagi, Nasi Minyak Kampung Laut pasti dapat memuaskan selera anda.
Nasi Minyak yang dihidangkan bersama Daging Gulai
Nasi Minyak Kampung Laut yang terletak hanya 10 minit dari Kuala Terengganu melalui jalan ke Pasir Panjang menyediakan Nasi Minyak yang menjadi ‘signature dish’ di sini. Dimasak sendiri oleh ibu mertua pengusaha yang mewarisi resepi turun-temurun daripada keluarganya. Menurut Puan Mazlina, segala proses pembuatan Nasi Minyak tersebut dilakukan sendiri oleh ibu mertuanya daripada kerisik hingga lah bawang goreng. Jadi tidak hairanlah pengunjung yang datang mengatakan Nasi Minyak Kampung Laut ini mepunyai rasa ‘orang lama’.
Nasi Minyak Kampung Laut turut menghidangkan Nasi Lemak
Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, Nasi Minyak Kampung Laut sememangnya menjadi rebutan dalam kalangan penduduk setempat. Dihidangkan bersama lauk Gulai Ayam, Gulai Daging dan Ayam Goreng. Selalunya, sebelum sempat jam 11.00 pagi Nasi Minyak di sini telah habis dijual. Jadi jika anda ingin mencuba Nasi Minyak air tangan ‘orang lama’ ini dinasihatkan datang lebih awal. Sebarang maklumat boleh layari Facebook Nasi Minyak Kampung Laut atau hubungi Puan Marina di talian 010-405 1778.
SELERA MANIS EP06: NASI MINYAK KAMPUNG LAUT
Awok awok tahu dok kat maner nasik minyok jaddi?Haa meh sini! kedai makan Nasi Minyak Kampung Laut. Menghidangkan Nasi Minyak yang menjadi rebutan ramai resepi tradisi keluarga. Dimakan bersama Gulai Ayam atau Daging dan Ayam Goreng. Terletak di Kampung Laut selepas jambatan Tok Molor. Beroperasi Setiap Hari dari jam 8 pagi hingga 11.00 pagi. Jangan lambat yer! kan tak sempat merasa Nasi Minyak air tangan 'orang lama'. Tunggu gape gok lagi tu? Esok pagi lacorr laluLokasi:https://share.here.com/p/e-eyJuYW1lIjoiTmFzaSBNaW55YWsgS2cuIExhdXQiLCJhZGRyZXNzIjoiNzA3MyBLZyBMYXV0LCBLdWFsYSBUZXJlbmdnYW51IiwibGF0aXR1ZGUiOjUuMzMwNzgsImxvbmdpdHVkZSI6MTAzLjEzODI0LCJwcm92aWRlck5hbWUiOiJmYWNlYm9vayIsInByb3ZpZGVySWQiOjE1NzQ4MTgyMTgzODg5N30=Untuk sebarang pertanyaan boleh ke Facebook Nasi Minyak Kg. Laut atau hubungi Puan Ina dia talian 010-405 1778#vbt2020 #spotmanis #manistv #paparanpantaitimur #manisfm #gayapantaitimur #kamikongsi #seleramanis #localspot #sedap #streetfood #sarapanpagi #nasiminyak #makansedap #makanansedap
Posted by Manis TV on Wednesday, February 26, 2020
Sumber: Facebook Manis TV