Nasib Si Pemuda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Seloka

Wahai pemuda apalah nasibmu,
Memberi cinta kepada si dia,
Hingga membuat dirimu merana,

Mengapa cinta bertaut padanya,
Hanya sesaat wujud rasa cinta,
Sungguh bahagia bersama dia,
Walaupun hanya seketika saja,

Ini adalah perjalanan masa,
Hari berkasihan telah berlalu,
Tidakku mengerti dengan rasa ini,
Dibuai rasa benci dan sayang,

Segala yang jauh akan merapat,
Segala yang dekat akan pergi,
Mudahnya dia berkata-kata,
Senangnya dia berpaling tadah,
Tanpa berfikir perasaan orang,
Tidakku sangka kau sudah bahagia,
Bersama dia di hari perkahwinan,
Dirimu gembira diriku terluka,
Kerana satu peristiwa merubah segalanya,
Tak dapat diduga oleh semua.