Nelayan sungai di Pahang dinasihatkan tidak menggunakan kaedah tuba atau meracun ikan kerana ia memberi kesan buruk dan mengakibatkan habitat ikan pupus.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, keadah meracun ikan menggunakan carbofuran, methomyl dan potas boleh mendedahkan keracunan kimia kepada hidupan itu.
“Penggunaan bahan ini sebenarnya akan memberi kesan tidak baik kepada habitat di Sungai Pahang dan boleh menjejaskan sumber bekalan ikan sungai. Jadi, kita mahu tindakan ini dihentikan segera bagi memastikan pelbagai spesies ikan sungai di Pahang tidak akan pupus,”
Semalam, Jabatan Perikanan Negeri Pahang melepaskan lebih 6,000 benih ikan lampam sungai dan baung sempena Program Pemuliharaan Dan Perlindungan Sumber Perikanan Darat di Kampung Padang Rumbia, Pekan.
Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri berkata, kerajaan melalui Jabatan Perikanan mengambil inisiatif melaksanakan program pemuliharaan sumber ikan dengan melepaskan benih ikan di seluruh sungai di Pahang.
Katanya, pemuliharan sumber ikan itu bagi memastikan beberapa spesies ikan sungai terus hidup di Sungai Pahang.
“Walaupun hanya 20 hingga 30 peratus benih-benih ikan ini akan berjaya hidup dan membesar namun usaha sebegini perlu dilaksanakan bagi memastikan sumber ikan sungai terus kekal serta tidak pupus.
Artikel penuh di Sinar Harian