Nilai Persahabatan Dalam Islam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Manusia secara fitrahnya merupakan makhluk sosial, yang memerlukan peneman dan pasangan hidup. Manusia lumrahnya hidup bermasyarakat dengan berinteraksi sesama mereka. Persahabatan dalam Islam dianggap sebagai satu rahmat yang diberikan Allah untuk mengisi kesunyian hidup.

Islam meletakkan nilai yang tinggi di dalam kepentingan bersosial dan bersahabat. Di dalam Quran, konsep persahabatan ditekankan kerana sahabat yang baik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan hidup.

Rasulullah SAW turut mengungkapkan bahawa pentingnya untuk mencari sahabat yang baik, serta meneliti ciri-ciri sahabat yang baik dan adat-adat bersahabat.

Persahabatan dalam Islam

Persahabatan merupakan aspek kritis yang diberi penekanan dalam agama kerana ia mempengaruhi perkembangan diri dan personaliti seseorang. Hal ini kerana berkawan bererti kita akan berkongsi nilai-nilai kehidupan, berbahagi lara, beban dan kemudahan tanpa mengharapkan balasan. Seorang teman yang baik akan membantu sahabatnya tatkala Jika bersahabat dengan rakan yang tepat, menyentuh tentang nilai persahabatan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)” (Az-Zukhruf: 67)

Nabi Muhammad SAW menjelaskan nilai persahabatan melalui hadis baginda iaitu: “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Tentang memilih sahabat yang baik

Islam adalah agama yang menekankan hak bermasyarakat dan menggesa umatnya memilih individu yang berperibadi mulia untuk dijadikan teman. Namun dalam memilih rakan-rakan, pemilihan tersebut tidak sepatutnya diterhadkan sekadar dari sudut luaran. Yang perlu diberi penekanan adalah aspek dalaman iaitu pembawaan diri dan akal budi kerana kedua-dua inilah yang mengerjakan kebaikan diri.

Pemilihan rakan yang baik itu penting kerana diri kita terbentuk dengan siapa yang menjadi pertemanan kita. Rakan yang baik berperanan dalam berkongsi nilai-nilai kehidupan, meringankan beban, berbahagi kegembiraan dan pertolongan dan yang utama membimbing rakannya ke arah yang benar. Berdasarkan Hadis Rasulullah, seorang Muslim perlu mengelakkan diri dari berteman dengan orang yang melanggar perintah Allah, hipokrit, suka menipu, sentiasa melakukan dosa, kedekut, dan suka merendah-rendahkan saudaranya.

Walaubagaimanapun Islam tidak melarang wanita dan lelaki untuk bersahabat, namun ada batas syariah Islam yang perlu dipatuhi serta mengelak dari melakukan maksiat.

Bagaimanakah Ciri-ciri Sahabat Yang Baik?
Berdasarkan panduan agama, berikut merupakan ciri yang baik yang perlu diutamakan dalam mencari sahabat yang baik :-
1) Cerdas
2) Mempunyai pegangan agama yang kukuh
3) Jujur
4) Tegas dan beradab sopan

Hak seorang sahabat

Berdasarkan hadis yang ditiwayatkan oleh Baginda Rasulullah, persahabatan memerlukan kepercayaan dalam amanah dan tanggungjawab. Individu yang menjaga amanah adalah sahabat yang benar, manakala mereka yang mengkhianati amanah dan kepercayaan rakannya, tidak layak menjadi sahabat dalam Islam.

Berikut merupakan hak bersama sahabat yang perlu kita hormati:
1) Menghormati peribadi mereka
2) Memberikan sokongan seperti sokongan material apabila mereka ditimpa kesusahan
3) Menasihati apabila diperlukan
4) Memaafkan salah dan silap mereka
5) Menutup aib dan kelemahan mereka
6) Menziarahi mereka ketika sakit
7) Menguruskan pengebumian apabila mereka meninggal

Secara kesimpulan, sahabat merupakan sebahagian dari kehidupan sosial, maka selektiflah dalam memilih sahabat dan pendamping kita. Sahabat yang baik adalah sahabat membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Sebaliknya, individu yang hipokrit dan tidak beradab tidak sepatutnya dibuat rakan. Islam mengajar penganutnya untuk memerhatikan dan menilai hubungan persahabatan. Ini kerana kesilapan memilih kawan boleh menyebabkan penyesalan di kemudian hari.

Sumber: What Does Islam Say About Friendship? oleh SalamIslam