Noh, Athira Kini Suami Isteri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Athira Mustapa dalam sebuah majlis tertutup yang dipercayai diadakan di sebuah dewan perkahwinan sekitar Selangor, pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsi Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 38, dalam satu hantaran di Instagram.

Noh memuat naik fotonya dan Athira, 30, sedang duduk atas pelamin, lengkap dengan busana pengantin berona putih.

“Athira dan Noh. 23 September 2023,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Noh tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pernikahannya hari dengan hanya meletakkan butiran mengenai busana dan jurugambar.

Pada 7 Mei lalu, media melaporkan pasangan terbabit melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Kad undangan untuk majlis perkahwinan mula tersebar sejak awal Ogos lalu.

Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.

Noh dan Nina tidak dikurniakan anak, namun memiliki anak angkat, Musa.

– BERITA HARIAN