KUALA LUMPUR: Harapan negara meraih emas pertama terus menyala selepas Datuk Azizulhasni Awang layak ke final acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat pertama saringan kedua separuh akhir di Velodrom Izu.
Azizulhasni menyusun strategi dengan baik untuk mengungguli perlumbaan, dengan pelumba Maximilian Levy dari Jerman dan Harrie Lavreysen (Belanda) turut mara ke final.
Pentas final dijadual berlangsung pada jam 11 pagi ini dengan Azizulhasni turut bakal berdepan pemenang pingat emas Rio 2016 dari Great Britain, Jason Kenny, Matthew Glaetzer (Australia) dan Jair Tjon En Fa (Surinam).
Sumber: Berita Harian