Orang luar dilarang masuk ke Kampung Gumum

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pekan: Penduduk Orang Asli Kampung Gumum, di sini, memasang penghadang jalan selain meletak nota amaran bagi menyekat kemasukan orang luar ke kampung mereka.

Tok Batin kampung itu Awang Alok berkata, mereka hanya membenarkan individu yang mempunyai urusan tertentu memasuki kampung itu bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, selain pelancong, orang luar yang datang ke kampung itu bagi mendapatkan hasil hutan selain bertemu keluarga dan rakan.

“Kita perlu beringat awal sebelum berlaku perkara tidak diingini kerana Covid-19 boleh berjangkit sekiranya gagal mematuhui SOP (prosedur operasi standard).

“Saya lihat bukan Kampung Gumum sahaja melarang orang luar datang, tetapi banyak lagi kampung Orang Asli di negeri ini berbuat demikian,” katanya.

Katanya, terdapat kira-kira 500 penduduk Orang Asli menetap di Kampung Gumum, di mana mereka setiap hari mereka keluar masuk bagi mendapatkan keperluan harian di Kampung Salong dan Pekan Chini.

Sumber: My Metro