Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Jamin Kerja Buka Lebih 3 Ribu Peluang Pekerjaan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Jamin Kerja bersama Karnival Usahawan Terengganu (KUAT) bakal buka lebih tiga ribu peluang pekerjaan. 

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata program anjuran Yayasan Pembangunan Ushawan (YPU) tersebut itu telah mendapat komitmen daripada 7 syarikat majikan besar akan menemuduga rakyat Terengganu yang memohon pekerjaan.

“Daripada 7 syarikat besar ini, 5 daripadanya adalah syarikat yang berada dalam  negeri Terengganu”.

“Dan pengalaman kita, lebih daripada 60 peratus yang akan dterus diberi jaminan atau kelulusan untuk diberikan kerja apabila program ini dilakukan”.

Beliau berkata demikian ketika dalam berucap dalam Hari ke-3 Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke -14 Tahun 2022,. sebentartadi.

Beliau turut menegaskan agar program ini disampaikan oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di DUN masing-masing agar rakyat Terengganu terutamanya golongan anak muda boleh datang ke program ini bagi merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Program Karnival Usahawan Terengganu (KUAT) bakal berlangsung lima hari bermula 24 Mac sehingga 28 Mac di Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM / Foto oleh UPDI