Pakaian Tetap Berbau Selepas Dicuci? Ini Sebabnya!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ramai daripada kita mesti pernah mengalami masalah baju yang sudah dibasuh tiba-tiba berbau masam walaupun telah dijemur dibawah sinaran matahari kan? Tuanglah sebotol pewangi pakaian ketika mencuci atau menggosok baju, bau itu tetap ada!

Ini puncanya!

1. Mesin basuh terlebih muatan

Setiap mesin basuh mempunyai had muatan tertentu tapi kerana nak jimat, kita selalu sumbat sehingga penuh kerana tidak mahu membazir elektrik dan penggunaan air. Tapi, apabila mesin terlebih muatan, ia tidak dapat membersihkan pakaian anda dengan baik lalu bakteria melekat pada fabrik.

2. Pakaian dibiarkan rendam terlalu lama

Merendam pakaian memang bagus bagi menanggalkan kotoran degil pada baju atau seluar. Tapi harus diingat, pakaian yang direndam terlalu lama boleh menyebabkan ia berbau.

3. Mesin basuh kotor

Tahukah anda, mesih basuh menyimpan banyak bakteria dan ia mungkin punca pakaian anda berbau! Sepatutnya ia perlu dicuci enam bulan sekali menggunakan serbuk pembersih mesin basuh.

4. Peluh melekat pada baju

Peluh yang melekat pada baju juga boleh menjadi penyebab kepada pakaian berbau. Pakaian sukan biasanya basah dengan peluh. Sebaik-baiknya, asingkan dengan pakaian lain kerana ia mampu ‘menyebarkan’ bakteria kepada pakaian lain.