Para Nabi juga diuji dengan masalah keluarga

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Istilah broken home, toxic family, adalah istilah yang digunakan bagi menggambarkan keadaan keluarga yang tidak harmoni. Di mana mungkin ibu bapa bercerai, keluarga berpecah belah, terjadinya banyak perpecahan sehingga rumah menjadi tempat yang menyerabutkan. Masaalah keluarga sebenarya masalah yang cukup berat, kerana sepatutnya rumahlah yang menjadi tempat menenangkan. Namun apabila sebuah rumah penuh masaalah, kita seakan tiada sandaran.

Sebenarnya masalah keluarga bukan masalah yang dihadapi orang awam semata-mata. Namun, turut dihadapi oleh Para Nabi. Mari kita lihat bagaimana di dalam Al-Quran Allah bercerita mengenai kisah para Nabi yang berhadapan dengan masalah keluarga.

  1. Nabi Yusuf

Al-Quran banyak menceritakan mengenai kisah Nabi Yusuf. Secara ringkasnya, Nabi Yusuf sendiri dibuang oleh adik beradik beliau yang dengki dengan beliau kerana ingin ayah mereka mengalih perhatian kepada mereka. Lalu mereka membuang Nabi Yusuf di dalam telaga yang dalam serta mereka-reka cerita bahawa Nabi Yusuf telah mati sehingga Nabi Ayub menjadi terlalu sedih sehingga buta.

Kerap kali kita dengar perpecahan yang berlaku dalam keluarga. Kisah adik beradik yang sanggup membuang keluarga, mengambil harta sebenarnya telah terlalu lazim kita dengar dalam kehidupan seharian. Apabila kita menyelami kisah Nabi Yusuf, rupanya Nabi Yusuf juga turut diuji dengan ahli keluarga mereka. Jika kita telusuri lebih panjang kisah Nabi Yusuf, kita akan lihat bagaimana Allah akhirnya menemukan Nabi Yusuf semula dengan ahli keluarganya dalam keadaan yang Yusuf telah jadi Menteri yang hebat dan membantu mereka yang dalam kesusahan.

MasyaAllah, indahnya kisah suruh Yusuf. Ayuh baca dan kutip sebanyak-banyak ibrah dari kisah surah Yusuf ini.

  • Nabi Ibrahim

Dalam kisah Nabi Ibrahim, Ayah Baginda iaitu Aazar juga merupakan penyembah berhala. Bahkan, dia dikenal sebagai pembuat sekaligus penjual patung-patung berhala.

Beliau berhadapan dengan situasi yang berat untuk berdakwah kepada keluarganya. Sebahagian Ulama’ menyebutkan Aazar adalah pak ciknya dan bukan ayahnya. Menurut pandangan Dr Solah Abdul Fattah Al Khalidi, lafaz Al Quran secara jelas menyebutkan Aazar adalah ayah kandungnya dan bukanlah suatu keaiban untuk ayah seorang Nabi tidak beriman.

Jika anda berdakwah dan sedang dalam proses berhijrah,  namun keluarga anda masih tidak mengikuti bahkan menentang anda, maka hayatilah kisah Nabi Ibrahim tentang bagaimana beliau berdakwah kepada keluarganya meskipun tidak diterima. Lihatlah bagaimana uslub dakwah yang digunakan oleh Nabi Ibrahim. Contohi Baginda sebagai panduan. Semoga kita dikurniakan kekuatan sehebat Nabi Ibrahim dalam berdakwah.  

  • Nabi Musa

Sejak kecil lagi Nabi Musa telah diuji. Pada zaman baginda, Firaun telah memerintahkan untuk membunuh bayi lelaki. Justeru, ibu baginda telah menghanyutkan baginda di dalam peti kayu sejak beliau masih lagi bayi. Bayangkan sejak kecil lagi, baginda berada di ambang bahaya dan terpaksa berpisah dengan ibunya.

Hari ini berapa ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga? Jika terpaksa berpisah dengan ibu bapa disebabkan keadaan yang memaksa, bacalah kisah Nabi Musa sebagai penyejuk hati.

Jadikan Quran sebagai panduan. Tadabburlah kisah-kisah nabi yang ujian mengalami ujian terhebat. Bagaimana para nabi melaluinya dan bagaimana Allah membimbing mereka. Tiada kisah yang sia-sia dalam Al-Quran dan akhir sekali percayalah bahawa Kisah Nabi sebenarnya dekat dengan kita, andai kita membaca tadabburnya.