Paras Air Sungai di Terengganu Tunjuk Trend Menurun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Paras air di kebanyakan sungai di Terengganu mula menunjukkan trend menurun apabila hanya satu sungai direkodkan melepasi paras amaran.

Selain itu, lima lagi sungai direkodkan mencatatkan bacaan melepasi paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, sungai yang merekodkan paras amaranadalah Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dengan bacaan 20.24 meter (m) berbanding paras normal 17m.

Sementara itu, sungai yang melepasi paras waspada adalah Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiuyang kini mencatatkan bacaan 7.61m dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (18.38m).

Dua lagi sungai yang merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang masing-masing berada pada paras 2.29m dan 2.32m.

Turut merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman dengan bacaan 17.54 m berbanding paras normal 15m.

Sumber : BERITA HARIAN