Parlimen Kanada : Tindakan China Terhadap Uyghur adalah Satu Bentuk Pembunuhan Beramai-ramai

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Foto-Arab News

OTTAWA, 12 Rejab 1442, Rabu – Parlimen Kanada telah mencadangkan usul menjelaskan bahawa tindakan China terhadap minoriti Uyghur Muslim di wilayah Xinjiang merupakan satu bentuk pembunuhan beramai-ramai.

Ahli parlimen konservatif Michael Chong memberitahu : “Kita tidak boleh lagi mengabaikan perkara ini. Kita mesti memanggil sebagaimana yang sepatutnya – pembunuhan beramai ramai. “

Usul ini telah dibawa oleh Parti Konservatif dari pihak pembangkang .Usul ini akan menekan pihak pemerintah Liberal Perdana Menteri Justin Trudeau untuk mengikutinya.

Usul yang dicadangkan itu turut meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk memindahkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing sekiranya layanan kepada warga Uyghur ini masih berterusan.

Ketegangan diplomatik yang berlanjutan antara kedua-dua negara semakin meningkat setelah Kanada menangkap ketua pegawai kewangan Huawei Meng Wanzhou pada tahun 2018 dengan waran AS, dan dalam tindakan tegas, China menahan dua orang Kanada atas tuduhan mengintip.

China telah dikecam secara meluas kerana mendirikan kompleks di Xinjiang yang digambarkannya sebagai “pusat latihan vokasional” untuk membanteras ekstremisme dan mengajarkan kemahiran baru, atau nama lainnya sebagai ‘kem pendidikan semula’. Beijing menafikan tuduhan tersebut di Xinjiang.

Bekas presiden AS iaitu Donald Trump, pada hari terakhirnya pada bulan lalumengatakan China telah melakukan “pembunuhan beramai-ramai dan melanggar hak asasi kemanusiaan” yang memberi penakanan terhadap umat Islam Uighur.

Cong Peiwu, duta besar China ke Ottawa, menafikan tuduhan pembunuhan beramai-ramai tersebut.

“Negara-negara Barat tidak ada hak untuk membicarakan bagaimana situasi hak asasi manusia di China,” kata Cong dalam sebuah wawancara . “Juga tidak ada pembunuhan beramai-ramai seperti yang disebutkan di Xinjiang sama sekali.”