Parti Islam Bangladesh Selar Petisyen Buang 26 Ayat Dari Al-Quran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dhaka, 11 Sya;ban 1442H, Khamis: Parti politik Islam terbesar di Bangladesh, Jamaat-e-Islami, mengadakan demonstrasi di ibu negara Dhaka mengecam petisyen yang diajukan di Mahkamah Agung India yang menyeru agar 26 ayat dibuang dari Al-Quran , iaitu kitab suci bagi para Muslim.

Waseem Rizvi, mantan ketua Lembaga Wakaf Syiah di Uttar Pradesh, India, dan penerbit filem Bollywood, mengajukan petisyen dua hari lalu yang mendakwa bahawa terdapat beberapa ayat Al-Quran “memprovok keganasan” dan menghasut orang untuk melakukan jihad,” yang mana dia menafsirkan ayat Al-Quran tersebut sebagai perjuangan bersenjata.

Ratusan penyokong parti tersebut memenuhi pusat perniagaan ibukota di kawasan Motijheel dan kemudiannya berkumpul di jalan utama sambil melaungkan slogan menentang Rizvi.

Para penunjuk perasaan juga menuntut agar mahkamah India segera menolak petisyen tersebut dan mengarahkan Rizvi ke mahkamah pengadilan karena telah melukai lebih satu bilion sentimen agama umat Islam di seluruh dunia.

Bercakap kepada Agensi Anadolu (AA), pemimpin Jamaat e Islami, Dr. Shafiqur Rahman menyatakan tidak ada orang Muslim yang berani mengemukakan petisyen mengenai Al-Quran kerana “Allah sendiri telah mengambil jaminan untuk melindungi kitab suci ini dari sebarang perubahan.”

Tindakan Rizvi yang juga merupakan pemimpin Syiah, merupakan tindakan yang sangat berani sehingga mendekati pihak mahkamah untuk mengeluarkan 26 ayat dari Al-Quran, yang selama ini tidak berubah sejak Al-Quran mula diutuskan 1,500 tahun lalu, tambah Rahman.

“Usahlah membuat pertikaian mengenai 26 ayat Al-Quran ini kerana tidak ada yang berkuasa untuk mengubah satu walaupun huruf Al-Quran,” kata Rahman. Dia mendesak pemerintah India untuk segera menangkap Rizvi dan membawanya ke pengadilan kerana menyakiti sentimen agama umat Islam dunia.