Pasti ramai tak tahu… Rupa-rupanya ada kesan buruk jika cuci beras dalam periuk nasi!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KETIKA memasak nasi, sudah menjadi kebiasaan kita akan terus mencuci beras di dalam bekas periuk nasi yang disediakan.

Mencuci beras terus daripada bekas itu dianggap mudah dan praktikal kerana bekasnya boleh terus dimasak dan menjimatkan masa.

Namun sebenarnya mencuci beras terus daripada bekas periuk nasi ternyata membawa kesan buruk.

Perbuatan itu sebenarnya boleh menipiskan lapisan anti melekat memandangkan beras yang keras bergesel dengan tapak bekas itu dan boleh merosakkannya.

Lama-kelamaan, lapisan anti melekat akan menipis serta menggelupas dan membuatkan nasi yang dimasak melekat dan berkerak pada dasar periuk.

Lebih memburukkan keadaan, anti melekat pada bekas itu biasanya diperbuat daripada PFOA atau asid perfluorooctanoic. Apabila lapisannya tertanggal dan bercampur dengan beras yang dimasak, ia boleh membahayakan kesihatan.

Jadi sebaik-baiknya, cuci beras menggunakan bekas lain atau penapis sebelum beras yang telah dicuci dipindakan ke dalam bekas periuk nasi.

Meskipun kedengaran melecehkan, tetapi ia bukan sahaja membuatkan periuk nasi anda tahan lebih lama tetapi kesihatan kita juga terjamin.

Sumber: mStar