Pastikan barang peribadi anda selamat dengan menggunakan 5 tips ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pelancong adalah target kegemaran pencuri. Hal ini disebabkan bila mereka di tempat baharu, tahap kesedaran mereka rendah menyebabkan mereka mudah leka dengan sekeliling mereka. Menurut statistik dari  polis, lebih daripada 6,000 kecurian dilakukan di Barcelona sahaja, setiap hari. Berdasarkan statistik ini, kita tidak tahu berapa ramai lagi pelancong yang tidak melaporkan kes kecurian kepada pihak berkuasa. Oleh itu, anda perlu tahu tips-tips ini untuk memastikan barang-barang peribadi anda selamat.

1. Pilih tingkat bilik hotel yang betul.

Pakar-pakar keselamatan mengesyorkan anda untuk menyewa sebuah bilik hotel paling-paling di tingkat ke-3 hingga tingkat 6. Apabila anda menyewa bilik di bawah tingkat 3 , pencuri lebih mudah masuk dan keluar dari bilik-bilik yang terletak di tingkat bawah. Malah mereka tidak akan memerlukan kemahiran yang luar biasa untuk mengambil barang-barang anda keluar dari bilik tanpa disedari.

2. Ambil perhatian pada butiran-butiran yang kita tidak sedari

Periksa semula sama ada pintu balkoni boleh dikunci sebelum check-in dalam satu-satu bilik. Hal ini disebabkan cara yang paling biasa pencuri gunakan adalah dengan masuk melalui pintu balkoni atau tingkap. Walaupun anda dah check-in bilik hotel, anda mesti periksa semula sama ada pintu balkoni dan tingkap berkunci ataupun belum.

3. Kelirukan pencuri

Setiap kecurian yang berlaku apabila anda tiada di dalam bilik. Untuk mengelirukan pencuri, pasang TV anda di dalam bilik dan meletakkan tanda  “Jangan Ganggu” ataupun “Do Not Disturb” di tombol pintu luar untuk memberi ilusi bahawa bilik itu ada orang.

4. Gunakan penggera pada beg anda

Jika anda terpaksa bermalam di tempat awam seperti, sebagai contoh, di kawasan menunggu di stesen kereta api, letakkan penggera pada backpack anda. Penggera akan membuat bunyi kuat jika seseorang cuba mencuri barang-barang anda dan menakutkan perompak. Satu-satunya perkara yang perlu anda berhati-hati adalah untuk tidak menyentuh backpack semasa anda tidur, jika tidak, penggera akan berbunyi, yang akan bangun semua orang di sekeliling anda. Selain itu, jika anda cenderung untuk meninggalkan barang-barang berharga di dalam bilik hotel di terutamanya di dalam backpack anda, penggera akan berguna dalam kes ini juga. TIdak mungkin perompak akan mahu berjalan di sekitar hotel dengan backpack yang berbunyi.

5. Jangan gunakan yang peti besi selamat di dalam bilik

Peti besi yang terletak di bilik hotel mempunyai “mod pentadbir” ataupun “ administrator’s mode”. Jika anda membuat kata laluan peribadi kemudiannya memasukkan kod 999999 peti besi selamat akan terbuka. Hal ini berlaku sebab staf bahagian pentadbiran hotel dapat mengambil isi  kandungannya sekiranya beberapa tetamu atau pelanggan lupa kata laluan peribadi mereka.

Oleh itu,dalam kes ini, lebih baik anda tidak menggunakan peti besi selamat ini, tetapi menyimpan barang-barang berharga anda di meja resepsi. Sekiranya anda tidak mahu melakukan itu, sekurang-kurangnya periksa semula sama ada peti besi selamat di bilik anda boleh dibuka dengan “mod pentadbir” atau tidak.

Sumber: Bright Side