Pasukan Bencana Istana Negara Bantu Mangsa Banjir Di Karak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BENTONG: Pasukan Bencana Istana Negara meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan beberapa buah rumah dan kawasan persekitaran Taman Wijaya, Karak, Pahang hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara, kerja-kerja pembersihan ini melibatkan seramai 35 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara yang dilengkapi dengan peralatan pembersihan dan mesin penyembur air.

Pasukan Bencana Istana Negara membantu membersihkan persekitaran Taman Wijaya, Karak Bentong yang terkesan akibat banjir.

Buat julung kalinya, misi Pasukan Bencana Istana Negara pada hari ini juga melibatkan penyertaan seramai 15 sukarelawan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMROVers).

Kerja-kerja pembersihan pembersihan itu bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Pasukan Bencana Istana Negara membantu membersihkan persekitaran Taman Wijaya, Karak Bentong yang terkesan akibat banjir.

Misi bantuan pada hari ini diketuai oleh Juruiring Tentera Laut kepada Seri Paduka Baginda, Laksamana Pertama Dato’ Haji Sharum bin Haji Shaim. Turut hadir menyertai misi bantuan, Pengarah Operasi Pasukan Bencana Istana Negara yang juga Juruiring Tentera Udara kepada Seri Paduka Baginda, Brigadier Jeneral Dato’ Zahari bin Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy bin Zairakithnaini.

Pasukan Bencana Istana Negara turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Kuala Lumpur, pasukan sukarelawan TMROVers dan Sime Darby bagi membersihkan kawasan perumahan, memasak serta mengedarkan makanan tengah hari kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

Pasukan Bencana Istana Negara membantu membersihkan persekitaran Taman Wijaya, Karak Bentong yang terkesan akibat banjir.

Kerjasama antara Pasukan Bencana Istana Negara dan TMROVers adalah atas perkenan dan cetusan idea KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda telah menzahirkan hasrat agar Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara bekerjasama dengan pihak atau badan bukan kerajaan dalam membantu jentera kerajaan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Sumber: PAHANGMEDIA