Dalam ucapan sempena Hari Natal, Paus Francis telah menyuarakan penderitaan kanak-kanak yang terperangkap dalam perang, terutama mangsa di Syria, Yaman dan Iraq.
Ucapannya berbunyi : ” “On this day, when the word of God became a child, let us turn our gaze to the many, all too many, children worldwide”. Beliau meminta agar dunia menumpukan perhatian terhadap kanak-kanak di Syria, Iraq dan Yaman yang masih perlu membayar harga perang yang tinggi,” menurutnya.
“Semoga wajah mereka menyentuh hati nurani semua lelaki dan wanita dengan baik, sehingga konflik dapat ditangani dan langkah berani dapat dilakukan untuk membangun perdamaian di masa hadapan,” tambah beliau lagi.
Beliau turut meminta para pemimpin negara, usahawan dan organisasi antarabangsa untuk “meraikan kerjasama dan bukan persaingan, serta mencari solusi untuk semua”.
“Pada waktu ini dalam catatan sejarah, telah berlaku krisis ekologi dan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial bahkan diperburuk lagi oleh pandemik koronavirus, maka adalah lebih penting untuk kita lebih saling mengenali satu sama lain sebagai sebagai ahli keluarga,” kata Francis.
Persaudaraan dan kasih sayang turut terpakai bagi orang lain “walaupun mereka bukan keluarga saya, etnik saya atau agama saya”, katanya.
Francis berdoa agar kelahiran Jesus dapat memberi inspirasi kepada orang-orang untuk lebih bersifat “murah hati, mendukung dan membantu” kepada mereka yang memerlukan, termasuk mereka yang berjuang dalam mengkukuhkan ekonomi akibat kesan dari wabak yang melanda dan para wanita yang mengalami keganasan rumah tangga sepanjang berlakunya sekatan ini”