Paus Francis Mula Bersuara Mengenai Muslim Uyghur di China Yang Dianiaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebelum ini, Paus Francis telah  menyuarakan kebimbangannya terhadap etnik Rohingya yang telah melarikan diri dari Myanmar, pembunuhan Yazidi oleh Daesh di Iraq tetapi kali ini, buat pertama kalinya beliau menyebut kebimbangannya mengenai etnik Uyghur.

Dalam sebuah buku baru yang dihasilkannya, Paus Francis menyentuh mengenai etnik Uyghur Muslim China sebagai etnik yang “dianiaya”, yang telah diperjuangkan bertahun lamanya  oleh para aktivis hak asasi manusia

Di dalam konteks yang lebih luas dalam buku yang  bertajuk “Let Us Dream: The Path to A Better Future” yang luas, “Paus Francis juga turut menyatakan mengenai semasa era pandemik Covid-19 ini, pihak pemerintah perlu mempertimbangkan bagaimana cara mewujudkan pendapatan asas secara kekal.

Dalam buku itu, yang mempunyai 150 halaman adalah hasil kolabrasinya dengan dengan penulis biografi berbahasa Inggerisnya, Austen Ivereigh. Paus Francis turut membicarakan mengenai perubahan ekonomi, sosial dan politik yang menurutnya diperlukan untuk mengatasi ketidakseimbangan yang banyak berlaku apabila wabak ini berakhir. Buku ini akan mula dijual pada 1 Disember.

Beijing menolak tuduhan tersebut

Paus Francis berkata bahawa beliau sering sering berfikir tentang orang-orang yang dianiaya iaitu seperti etnik Rohingya, etnik Uyghur serta golongan Yazidi.

Dalam masa yang sama beliau turut menyentuh tentang orang-orang Kristian yang dianiaya di negara-negara Muslim.

Pemimpin agama, kumpulan aktivis dan pemerintah mengatakan jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai berlaku terhadap etnik Uyghur di wilayah Xinjiang, China di mana lebih daripada satu juta orang telah ditahan di kem.

Semasa persidangan di Vatikan pada bulan Oktober, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo mengecam China kerana memperlakukan Uighur. Namun, Beijing telah menolak tuduhan tersebut yang memperlihatkan pernyaan tersebut sebagai usaha menjatuhkan China, dengan mempertahankan pendapat bahawa bahawa kem-kem tahanan yang dibina tersebut merupakan pusat pendidikan dan latihan vokasional bagi etnik Uyghur. Ia merupakan sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan keganasan dan nyahradikalisasi.

Sumber : Anadolu Agency , TRT