Sekumpulan pekerja Google Yahudi yang merupakan pekerja di syarikat Google meminta syarikat gergasi teknologi ini untuk meningkatkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin di Gaza yang diserang oleh pihak Israel.
Dalam sebuah surat yang ditulis oleh pekerja Google tersebut, mereka mendesak CEO Google iaitu Sundar Pichai untuk mengeluarkan pernyataan yang mengecam serangan itu, termasuk mengakui kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin.
Mereka juga turut meminta pihak Google untuk menghentikan sebarang kontrak perniagaan yang menyokong pelanggaran hak asasi manusia Palestin oleh Israel termasuk kerjasama dengan tentera Israel. Surat tersebut yang pada mulanya dilaporkan oleh The Verge telah ditandatangi sebanyak 250 tandatangan, dan antaranya terdiri dari pekerja berbangsa Yahudi dan pakatan pekerja yang lain.
Permintaan ini dilakukan oleh kumpulan pekerja baru (ERG), yang turut dikenali sebagai Diaspora Yahudi. Kumpulan ini dibentuk tahun lepas sebagai tindak balas terhadap sentimen pro-Zionis , iaitu kumpulan Google Jewglres yang merupakan penyokong kuat regim Zionis Israel.
“Kami terpaksa membentuk kumpulan kami sendiri kerana secara faktanya kami tidak diizinkan untuk menyatakan pandangan kami di ERG,” pengurus pemasaran produk dari kumpulan itu memberitahu kepada The Verge.
Di samping itu juga, surat ini turut meminta Google untuk membenarkan dan menyokong kebebasan bersuara, dengan menekankan bahawa kritikan terhadap Israel bukanlah satu benti anti Semitik.
“Kami mmohon agar pihak atasan syarikat Google untuk menolak definisi antisemitisme yang menyatakan bahawa kritikan terhadap Israel atau Zionisme adalah satu bentuk anti Semitik,” antara pernyataan dari suarat tersebut.
“Anti-Zionisme bukanlah antisemitik dan kefahaman ini hanya akan menggagalkan usaha rakyat Palestin dan Yahudi mendapatkan keadilan disebabkan kebebasan bersuara yang terhad”.