Pelabur Qatar Berhajat Ambil Alih Manchester United

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Pelabur Qatar merancang pengambilalihan besar terhadap Manchester United dan mahu memberikan sokongan kewangan kepada pengurusnya, Erik ten Hag bagi memimpin kembali kelab itu ke persada, dedah Sportsmail.

Sumber mendedahkan kumpulan individu kaya di negara sumber minyak itu yang berbangga dengan penganjuran Piala Dunia oleh Qatar, menyasarkan kelab dilihat mereka sebagai ‘mahkota utama bola sepak’.

Mereka akan membuat tawaran bagi mendapatkan United dalam beberapa hari lagi, menjelang tarikh akhir pada pertengahan Februari yang ditetapkan Glazers dan percaya bidaan itu akan menghalang terus pencabar lain.

Hubungan rapat menjadi keutamaan bidaan mereka dengan mengambil kira pandangan penyokong mengenai masa depan stadium kelab.

Satu daripada halangan utama ialah pemilikan Qatar Sports Investments terhadap Paris Saint-Germain (PSG). Satu entiti tidak boleh memiliki dua kelab yang bersaing dalam kejohanan sama – dengan United dan PSG boleh bertarung di Eropah.

Bidaan untuk mendapatkan United akan hadir menerusi entiti berasingan iaitu individu dan pelabur Qatar. Tiada minat ditunjukkan dalam mengambil alih sebahagian dengan hanya pemilikan penuh difikirkan.

Sumber : BERITA HARIAN