Pelajar IPTS maut dalam kemalangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bagan Serai: Pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menemui ajal manakala rakan lelakinya parah dalam kemalangan ngeri di Kilometer 179 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang, mangsa Muhammad Aiman Mazman, 26, yang juga pemandu kereta Audi RS7 maut di lokasi kejadian sementara rakannya berusia 23 tahun parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah lori di kiri lebuh raya.

“Akibat itu mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur disahkan maut di lokasi kejadian dan mayatnya di bawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

“Manakala rakannya yang parah dan pemandu lori berusia 55 tahun yang turut cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak menularkan gambar kemalangan itu bagi menghormati keluarga mangsa terbabit.

Sumber: My Metro