Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail di Dungun ditutup selama lapan hari bermula 8 sehingga 15 Oktober 2020 berikutan terdapat pelajarnya yang disahkan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan ini bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.
“Terdapat kes positif COVID-19 yang telah disahkan pada 7 Oktober 2020 melibatkan seorang pelajar. Sehubungan itu, saringan COVID-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19 di sekolah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SMA Sultan Ismail mempunyai 66 guru dan 832 pelajar.
Sumber : TRDI News