Pelajar SPM Yang Dikuarantin Diberikan Bantuan Makanan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan, 17 Febuari 2021, Kuipsas

YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang menyampaikan sumbangan dan bantuan barang makanan dari Kerajaan Pahang untuk pelajar-pelajar SPM yang di kuarantin di Pusat Kuarantin pelajar SPM, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) disini semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil beliau, Pengurus Perbadanan Stadium Darul Makmur, En. Mohd Aizudin kepada wakil pengurusan di KUIPSAS.

Diharap sumbangan ini dapat membantu dan meringan beban pelajar SPM terbabit. Semoga mereka diberi kejayaan yang baik dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi. Turut sama, wakil Skuad Bencana Negeri Pahang. Terima Kasih Kerajaan Negeri Pahang dan semua yang terlibat.

Sumber: Pahang Media