Pelancaran penstriman digital Disney+Hotstar di Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Walt Disney Company telah melancarkan perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan iaitu Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021.

Menerusinya, penonton kini mempunyai satu lagi cara untuk menikmati kandungan menarik daripada jenama hiburan yang paling ikonik di bawah Walt Disney Company termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars serta National Geographic.

Selain itu, pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda serta karya tempatan dan Asia yang terulung, semuanya menerusi satu platform tunggal.

Pengguna boleh melanggan Disney+ Hotstar secara terus dengan harga RM 54.90 selama tiga bulan, atau melalui pakej khas Astro bagi menikmati akses kepada koleksi kandungan yang luas. Justeru itu, penonton juga boleh melanggan Disney+ Hotstar dari laman web disneyplushotstar.my atau dengan memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS.

Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua penstriman serentak dan sebahagian besar kandungan akan tersedia untuk dimuat turun pada telefon mudah alih atau tablet.

Semua kandungan adalah bebas iklan dan mempunyai bahagian mesra kanak-kanak dengan kandungan yang sesuai dengan usia mereka. Ia juga mudah untuk dilayari oleh pelanggan.

Sumber: Berita Harian.