Pele Dimasukkan Semula ke Hospital

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SAO PAULO, Brazil – Legenda bola sepak Brazil, Pele dimasukkan semula ke hospital bagi menjalani rawatan berikutan ketumbuhan kolon, kata doktor dalam perkembangan terbaharu kesihatan ikon berusia 81 tahun itu.

Juara Piala Dunia tiga kali itu dimasukkan ke Hospital Albert Einstein dekat sini “untuk rawatan susulan ketumbuhan kolon atau usus besar dikenalpasti pada September tahun ini,” kata pasukan perubatannnya.

“Pesakit dalam kedaan stabil dan dijangka keluar beberapa hari lagi,”. Tidak dinyatakan bila Pele dimasukkan ke hospital.

Pele menjalani pembedahan kerana ketumbuhan pada 4 September lalu dan menghabiskan sebulan di hospital sebelum meneruskannya dengan kimoterapi.

Agensi perhubungan awam bintang itu berkata kemasukan terbaharu ke hospital berkenaan adalah perkara rutin.

Sumber: BERITA HARIAN