Pelik tapi benar, sampel ais krim di China diuji positif Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kita semua pastinya risau sekiranya diri sendiri dijangkiti wabak Covid-19.

Malah sebelum ini, turut diperkatakan mengenai jangkitan wabak itu terhadap haiwan.

Kali ini, satu berita yang agak aneh sedang diperkatakan di China selepas tiga sampel aiskrim yang dihantar untuk ujian disahkan positif Covid-19.

Sampel berkenaan dihantar ke pusat kawalan penyakit pada awal minggu ini sebelum ujian mendapati ia dicemari wabak berkenaan.

Malah, pihak berkuasa di utara Taijin kini sedang mengesan individu yang mempunyai kontak dengan makanan berkenaan.

Produk makanan itu dihasilkan oleh sebuah syarikat yang mana kesemua keluaran mereka telah disita.

Menurut laporan SkyNews, ais krim syarikat itu menggunakan bahan dari New Zealand dan serbuk diimport dari Ukraine.

Kesemua 1,662 pekerja syarikat itu juga telah diasingkan dan menjalani ujian pada 14 Januari.

Sumber: mStar